Info Putra Heights 2016

Safari Wonderland A Famosa Melaka best ke tak?

Safari Wonderland A Famosa Melaka. Baru-baru ini kami sekeluarga pergi jalan-jalan di Safari Wonderland A Famosa Melaka. Kami dah siap-siap beli tiket tempat tinggal dan harga tiket Safari Wonderland Afamosa Melaka di Matta Fair 2016 PWTC baru-baru ini. Harganya lebih murah dari biasa. Memandangkan A Famosa Melaka ni tak jauh dari Subang Jaya, jadi kurang la stress kami sekeluarga travel ke sana. Dulu kami pernag singgah di Freeport A Famosa Outlet yang shopping mallnya ala-ala Johor Premium Outlet. Freeport A Famosa Outlet ni bersebelahan dengan A Famosa Resort.

Safari Wonderland AFamosa Melaka

Safari Wonderland A Famosa Melaka ni sesuai sebagai tempat percutian untuk keluarga kerana terdapat banyak aktiviti di sini. Sehari tak cukup, 2 hari just nice. Ikut bajet anda la nak duduk lama mana. Guna waze sahaja untuk ke A Famosa Melaka ni.

Tempat tinggal di A Famosa Melaka


Di A Famosa Melaka ni terdapat banyak jenis tempat tinggal dan kami tinggal di D'savoy Condotel yang merupakan seperti sebuah studio atau apartment. Dengan harganya, berbaloi tinggal kat D'Savoy Condotel ni.

resort a famosa melaka

Banyak jenis tempat tinggal yang anda boleh pilih bergantung kepada bajet dan saiz keluarga anda. Anda boleh semak maklumat lanjut mengenai hotel / resort / apartment di A Famosa Melaka ni.

Aktiviti menarik di A Famosa Melaka


Cuti jalan-jalan tak best jugak kan. Kena ada aktiviti baru best sikit, tambah-tambah dengan keluarga kan. Ok, di ke A Famosa Melaka ni terdapat beberapa aktiviti yang kami buat seperti:
  • Safari Wonderland A Famosa Melaka
  • Shopping di Freeport A Famosa Outlet

Safari Wonderland A Famosa Melaka


Apa yang menarik di Safari Wonderland A Famosa Melaka ni, mesti anda tertanya-tanya kan. di safari ni, kami akan di bawa naik lori beragar untuk masuk ke kandang haiwan termasuk lah kandang harimau! Wooo takut tu. Duduk atas lori berpagar dan lalu sebelah harimau. Tapi selamat, jangan bimbang. Kami di bawa ke dalam zoo tersebut, tak perlu jalan kaki. Tapi naik lori ni bila berhenti sekejap, asap lori masuk hidung daaa. Elok bawa sapu tangan untuk tutup hidung. Bunyi lori agak bising juga.


harga tiket a famosa

zoo a famosa

Yang lain, ok. Ada pelbagai jenis haiwan kami boleh tengok - gajah, harimau, orang utan, badak dan sebagainya. 



safari malacca

zoo afamosa

Kami juga pergi ke Monkey Island nak boat kecil. Pulau ni dekat dan kecil sahaja di mana kami boleh pegang-pegang monkey di sini. Jinak-jinak monkey kat sini dan juga cute. Kami jalan bawah pokok dan monkey bermain kat dahan-dahan pokok. Awas budak-budak kecik takut skit kat monkey.

boat monkey island malacca

zoo safari a famosa malacca

Di dalam Safari Wonderland A Famosa Melaka ni, terdapat 4 show berlainan setiap hari. Kami terkejar-kejar juga untuk menyesuaikan masa kami dengan masa show tersebut supaya kami boleh join semuanya. Free sahaja sebab dah bayar masa masuk safari tadi. Waktu show tu berbeza-beza jadi anda kena pastikan susun atur show-show ini supaya anda boleh join.

show safari wonderland a famosa malacca

Elephant Encounter - pertunjukkan manusia dan gajah. Boleh beri makan tebu kat gajah dengan bayaran rm5 untuk membeli tebu. Ada macam kisah dulu di mana gajah menganggu tanaman penduduk dan akhirnya gajah dan penduduk berkawan baik. Di akhir pertunjukkan gajah ni ada sedikit kejutan. Saya tak cerita yang ni supaya anda terkena nanti. Ha ha ha...

Multi Animal Fun Play - pelbagai jenis haiwan dengan skill masing-masing. Boleh layan juga ni tengok gelagat haiwan yang bijak.

Colour of the Birds - boleh tengok pertunjukkan burung. Salah satu yang saya suka ialah kita derma rm10 ( pegang di tangan ) dan burung akan datang ambil dari tangan kita. Menarik.

Wild Wild West - yang ni paling best, cerita koboi. Lama juga show ni dan saya  puas hati. Anda wajib pergi show ni. Ada tembak-tembak dan jatuh-jatuh dalam air.

Restoran di Safari a Famosa - Local Food Court


Boleh beli makanan kat dalam safari. Harganya dalam rm15 termasuk air. Ada empat menu utama. Air-air tin tu banyak la, harga rm3. Baik bawa air sendiri atau beli siap-siap kat luar. Makanan boleh bawak masuk. Berdekatan food court ni ada surau. Tempat ni dekat dengan Monkey Island.


tempat makan a famosa

tempat makan a famosa

Amacam? Belum pernah pergi ke A Famosa Melaka. Silalah luangkan masa bersama keluarga di sana untuk menimba satu lagi pengalaman berharga. Banyak tempat-tempat menarik dalam negara yang kita boleh lawati.

Tag : Travel
0 Komentar untuk "Safari Wonderland A Famosa Melaka best ke tak?"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top