Info Putra Heights 2016

Kadar bayaran Uber dari stesen LRT Putra Heights ke Putra Avenue

Ramai yang tahu tentang perkhidmatan Uber kan iaitu khidmat bawa penumpang macam teksi tu. Di Putra Heights pun kita sudah boleh dapatka kereta Uber ni sebab mereka telah ada berhampiran Putra Heights seperti di One City, Puchong dan USJ.

Nak dapat khidmat kereta Uber ni senang sahaja. Dari rumah anda boleh request kereta Uber melalui aplikasi Uber yang boleh di muatturun dari Google Play secara percuma sahaja. Anda kena baca cara nak guna aplikasi untuk request kereta Uber dalam post saya yang lepas. Senang sahaja nak guna.

Anda kena masukkan sekali destinasi ke mana anda hendak pergi dari rumah anda. Macam mana driver uber tahu lokasi anda? Tiada hal, driver Uber akan pergi ke rumah anda dengan menggunakan Waze atau Google Maps. Pasti jumpa cari jika berikan alamat yang tepat. Apabila anda menggunakan aplikasi uber, anda di minta on kan gps anda. Sebab tu driver uber boleh cari lokasi anda.

Kadar bayaran Uber dari stesen LRT Putra Heights ke Putra Avenue


Sebagai contoh, katakan anda naik lrt dan berada di stesen LRT Putra Heights. Anda nak balik ke rumah di Putra Avenue. Anda request kereta uber melalui applikasi uber dalam smartphone anda. Kereta uber terdekat akan menerima signal anda nak menerima request anda. Kereta uber tersebut akan bergerak ke stesen LRT untuk mengambil anda. Anda tidak dicaj perjalanan kereta uber ke lokasi pick up anda. Anda hanya di caj dari stesen LRT Putra ke Putra Avenue.

uber putra heights contact number

Berapa kadar bayaran Uber dari stesen LRT Putra Heights ke Putra Avenue? Sangat berbaloi.


Kadar bayaran Uber dari stesen LRT Putra Heights ke Putra Avenue ialah RM3-RM5 sahaja. Kadar bayaran ini adalah jika anda request kereta Uber x.
Berbaloi ke tak untuk di cuba?

Sebenarnya, anda boleh panggil kereta Uber untuk anda ketempat lain juga seperti One City, Subang Parade, ke Shah Alam ke ataupun KLIA. Resit anda boleh dapat dari aplikasi dalam smartphone anda untuk claim balik kepada syarikat anda bekerja jika anda pergi atas urusan syarikat.

Jom cuba kereta Uber.
3 Komentar untuk "Kadar bayaran Uber dari stesen LRT Putra Heights ke Putra Avenue"
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top