Info Putra Heights 2016

Cara mudah ganti kapasitor untuk lajukan / baikki kipas rosak

Tip kali ini adalah mengenai cara mudah baikki / lajukan kipas rosak dengan ganti kapasitor. Kita sering berbual dengan jiran-jiran mengenai kipas syiling yang telah jadi perlahan dengan sendirinya. Biasanya setelah 3-4 tahun kipas syiling akan perlahan kerana beberapa sebab dan salah satunya ialah kerana power kapasitor telah berkurangan.

Walaupun tombol telah di pusing ke no. 5 ( paling kuat ) tetapi kipas masih berpusing perlahan, anda ken abaca tip ni sampai habis kerana di sini kami berkongsi tentang cara menukar kapasitor kipas syiling. Sudah tentu anda tercari-cari tentang cara nak tukar kapasitor kipas ni kan sebab laju kipas rumah anda telah berkurangan. Nak ganti kipas baru agak mahal juga, baik ganti kapasitor sahaja untuk lajukan balik kipas syiling kat rumah.

Cara mudah ganti kapasitor untuk lajukan / baikki kipas rosak


Ok, ikutilah langkah demo langkah cara nak ganti kapisitor untuk lajukan kipas yang perlahan:

1. Matikan dulu suiz atau bekalan elektrik. Bahaya ni jangan main-main kena renjatan elektrik kan nanti.

2. Buka skru penutup kipas ( tengok gambar ). Jangan buka sampai habis takut skru hilang entah kemana.


3. Tolak penutup naik ke atas. Iya penutup atas bilah kipas tuh. Tengok gambar ya.




4. Boleh Nampak kapasitor kipas kan. Buka skru tapak kapasitor tersebut.


5. Tanggalkan wayar warna biru dan merah kapasitor dari connector. Senang je ni nak buat. Warna hitam tu kapasitor ya.


6. Ini adalah kapasitor yang telah di tanggalkan daripada kipas. Tengok bacaan kapasitor tu 1.8 uf bergantung kepada jenis kipas ya. Bacaan ni penting.


7. Bawak kapasitor kipas tu ke kedai elektrik untuk beli yang baru. Pastikan nilai bacaan kapasitor uf tuh adalah sama ataupun lebih sedikit. Kalau nilai uf kapasitor kipas 1.8 uf, anda boleh upgrade ke 2.0uf. Nak selamat guna nilai yang sama iaitu 1.8uf sahaja.

8. Setelah anda beli kapasitor kipas yang baru untuk lajukan kipas anda, anda akan lihat wayar kedua-duanya warna hitam atau putih. Ini tak mengapa kerana kapasitor jenis ini tidak berkutup ( positif atau negative). Pasang belah mana pun boleh.

9. Pasang balik kapasitor ke connector ikut cara anda buka kapasitor tadi. Senang je kan.

Sekarang kipas anda telah laju setelah menukar sendiri kapasitor untuk lajkan balik kipas syiling anda yang telah perlahan pusingannya.


Selamat mencuba. 
(kredit: syedisham79)
1 Komentar untuk "Cara mudah ganti kapasitor untuk lajukan / baikki kipas rosak"

Kalau 1.5 kena 1.5 atau lebih ye? Kalau 2.0 turun ke 1.8 apa akan jadi?

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top