Info Putra Heights 2016

Tappers Restaurant One City Subang Jaya

Mesti korang suka makan-makan kat luar kan. Tambah-tambah kalau husband and wife bekerja, pilihan yang ada ialah makan di restoran sekitar Putra Heights seperti di One City Subang Jaya. apa yang ada di One City Subang Jaya ni?

One City ni kan ada shopping mall terutamanya restoran makanan. Ada yang halal dan tak halal. Yang banyaknya tak halal. Jadi berhati-hati jika nak makan kat One City ni. Meh sini saya citer skit mengenai One City Subang Jaya ni.

Kat atas bangunan ni, tingkat 10 anda boleh lihat view Puchong, Putra Heights dan USJ. Takde le nampak semua tetapi sikit-tikit tu boleh lah. Kalau ada hari cuti seperti Hari Merdeka ke, lepak sini best sebab boleh nampak bunga api sekitar kawasan ni. One City dekat dekat Shopping Mall Main Place USJ.

Tappers Restaurant One City Subang Jaya


Makan kat sini best, bukan apa sebab dia TENANG. Orang tak ramai. Dengan teman restoran yang warna putih tu, nampak macam sejeuk jer. Pekerja kat restoran Tappers ni orang asing kot, ntah le kan. Makan lagi sedap.



Kat Tapper Restoran ni sudah tentu makanan barat. Kalau nak makan ala Malaysia, boleh ke restoran berdekatan iaitu My Tomyam dekat Puchong tu, meghala ke Putra Heights. Makanan ala mak salleh ni macam-macam ada la. Korang boleh pilih jer dan bayar. Ha ha ha. Harga, standard restoran la. Tapi boleh la lagi. Ini apa ya? Daging kambing ke apa. Saya pun lupa, Makan je tahu.


Ini fish and chip kot. Anak saya suka makan ni la kalau makan kat luar. Beli satu je, kongsi dua orang budak. Jimat duit dady kalau macam ni. Syukur kan. Makan sikit-sikit ya, nanti gemuk susah kahwin nanti  bila besar. Gurau jek.


Ini daddy punya la. Birthday boy la katakan. Mummy yang belanja makan ni. Kali pertama makan kat Restoran Tappers ni, boleh la tahan. Boleh repeat la kalau nak cari kedai makan kat One City ni. Lemak banyak gak daging kambing ni. Saya tak makan lemak-lemak ni. Memang style cam tu le kot.


Ini kakak. Sekolah rendah. tengah buat kerja sekolah. Bagus kakak ni , rajin. Bawa buku sebeg, berat ooo. Buat keje sekolah sikit jer. Takpe, semangat tu ada kakak kan. Sekolah kat Taman Alam Megah.


Ini Alya, tadika Sinaran Intelek Putra Heights. Lukis kucing dan warnakan. Pernah duduk atas keyboard lap top sambil tengok cd. Kelakar plak budak ni.


Vegetarian. Sihat. Umur dah lanjut kena jaga kesihatan dan pemakanan. Saya pun terasa makan makin kurang sekarang ni. Terasa kenyang je manjang. Bila dah makin tua memang macam tu ek?

Ok, itu kisah makan di Tappers Restaurant One City Subang Jaya. Jika korang pemilik restoran, ajak saya makan. Saya review percuma kat blog ini.

0 Komentar untuk "Tappers Restaurant One City Subang Jaya"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top