Info Putra Heights 2016

Restoran Saba Cyberjaya - Best ke nasi beriani kat sini?

Korang suka nasi arab tak? Sekali sekala pekena nasi arab best jugak kan. Restoran nasi arab yang mana korang suka?

Jika korang berada di Cyberjaya dan kawasan sekitarnya, tentu korang pernah dengar tentang Restoran SABA. Makan nasi arab kat sini orang kata best, betul ke? Kalau nasi goreng kat kedai Danok restoran tu, saya tahu la.

Restoran Saba ni Nampak macam ekslusif skit, ada kawasan berekon dan tidak. Harga sama sahaja. Kat Cyberjaya, ada dua tingkat. Time nak makan malam memang ramai orang sampai nak masuk pun kena ambil nombor! Gimik je ke ni sebab kalau usah-usha takde le sampai cam tuh sekali.


Siasatan ke atas Restoran Saba


Saya menjalankan siasatan ke atas restoran Saba Cyberjaya minggu lepas. Saja nak try makanan dan system kat sini.

Edisi bongkar ni agak memeranjatkan. Bagi saya, makanan kat Saba ni takde le sedap sangat. Dengan Restoran Zam-zam Seksyen 9 Shah lagi lagi sedap. Ini mengikut selera saya la.




Memang biasa-baisa je tapi harga mahal. Nasi beriani ayam, rm16 dan kalau beriani kambing harganya rm24. Ambikk ko, nak try boleh, nak amalkan makan kat situ memang tidak di cadangkan lah.

Makanan biasa-biasa sahaja, tidak seperti yang disebut-sebut. Makan nasi beriani kat kedai mamak biasa tu pun dah ok, lebih kurang je. Kalau makan tengahari boleh cuba Restoram Serambi Melayu Putra Heights.

Jangan marah ya, ini apa yang sama alami mengikut pengalaman saya.

Selepas ni, saksikan review tentang The Food Cafe - makanan grill Putra Heights.
Tag : Food
0 Komentar untuk "Restoran Saba Cyberjaya - Best ke nasi beriani kat sini?"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top