Info Putra Heights 2016

Tips perlu dibuat jika kereta ditenggelami air

Musim banjir dah start ke? Sebab dah ada kawasan yang di tenggelami air seperti kawasan sekitar seksyen 13 Giant Shah Alam. Apa boleh buat kan, kejadian alam dan memang masanya musim hujan dan banjir nih.

Cuma kita boleh elakkan atau kurangkan kesannya sahaja. Ada sahabat-sahabat yang sangkut tak banjir sehari dua yang lepas kat seksyen 13 Shah Alam? Boleh kongsi pengalaman anda.

Bila tengok kereta hampir di tenggelami air, pemilik kereta mesti berfikir, apa nak buat ni kan. Kalau tahu pasal kerja-kerja baikki kereta ok la, kalau tak tahu, haru terbang duit kan untuk buat pembaikkan.

Jadi, untuk mengurangkan kesan kerata yang hampir di tenggelami air, anda boleh baca tip perlu di buat jika kerete di tenggelami air, tenggelam separuh ke penuh ke, boleh amalkan tip ini.

Tips perlu dibuat jika kereta ditenggelami air

Tips perlu dibuat jika kereta ditenggelami air


1. Jangan buka pintu kereta - kalau buka air masuk. Kerusi kereta basah dan berbau busuk. Mana tahan kan. Kalau tak buka pintu, bolehlah halang sikit air daripada masuk dalam kereta dan tunggu hingga air surut dulu baru buka. Kalau tahu, anda boleh buka bateri kereta tu. Kalau tak tahu, biarkan je ler.

2. Jangan start enjin kereta - yang ni pantang untuk mengelakkan litar pintas untuk box elektronik dalam kereta. Benda ni yang kawal kereta sebenarnya. Kalau ada litar pintas, lagi banyak belanja kena keluarkan. Call towing untuk bawak kereta ke bengkel terus.

Rahsia Bagaimana Menggandakan Jualan Produk / Servis Sehingga 300 % Dengan Facebook

3. Minta mekanik check minyak hitam - selain check benda-benda lain, minta mekanik check sekali minyak hitam kereta takut tercampur dengan air. Minyak-minyak lain juga check seperti minyak gear box. Jika tercampur air, tukar minyak baru.

4. Minyak petrol - kalau jalan semput-semput tu, minyak petrol telah bercampur dengan air. Minta mekanik turunkan tank dan cuci. Letak petrol baru. 

Ini adalah beberapa tip untuk menghadapi kereta yang tenggelam banjir. Kalau anda ikuti, anda boleh jimatkan duit anda untuk pembaikkan kereta tenggelam banjir.

Tag : Shah Alam
0 Komentar untuk "Tips perlu dibuat jika kereta ditenggelami air"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top