Info Putra Heights 2016

Cara Senang Daftar Akaun Tabung Haji Di Maybank2u

Sebelum anda boleh transfer duit Maybank2u ke akaun Tabung Haji anda, anda kena daftar dulu akaun Tabung Haji di Maybank2u untuk menghubungkan kedua-dua akaun ini iaitu akaun Maybank dan Tabung Haji.

Cara daftar bukanlah di Maybank2u.com.my tetapi di mesin ATM Maybank untuk daftar akaun Tabung Haji anda. Pastikan anda bawa buku Tabung Haji semada daftar akaun Tabung Haji di mesin ATM Maybank.

Apabila anda telah daftarkan akaun Tabung Haji di Maybank2u, senanglah anda untuk transfer duit dari Maybank2u ke akaun Tabung Haji anda.

Cara daftar akaun Tabung Haji di Maybank2u

Cara daftar akaun Tabung Haji di Maybank2u


Kita terus ke tip cara daftar akaun Tabung Haji terus ke dalam Maybank anda.

1. Masukkan kad ATM Maybank ke dalam mesin ATM dan masukkan nombor PIN kad ATM Maybank anda.

2. Pergi ke menu Tabung Haji

akaun tabung haji maybank

3. Seterusnya daftar akaun TH Ke ATM Kad

transfer duit dari maybank2u ke tabung haji

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda dan di susuli dengan nombor siri Buku Tabung Haji seperti di bawah

daftar tabung haji ke dalam Maybank

buku tabung haji

Yang menariknya selepas anda daftar akaun Tabung Haji anda di mesin ATM Maybank, anda boleh akses ke akaun Tabung Haji di Maybank2u. Senang nak tranfer duit ke akaun Tabung Haji.


Tag : Tip
2 Komentar untuk "Cara Senang Daftar Akaun Tabung Haji Di Maybank2u"

nice share! thanks!

perkongsian yang bermanfaat
nak tanya
satu kad ATM - hanya satu akaun tabung haji je ke?
terima kasih..


Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top