Info Putra Heights 2016

Makanan best di Restoran Serambi Melayu Putra Heights

Restoran Serambi Melayu Putra Heights. Anda pernah pegi makan kat restoran ni tak? Rugi kalau tak pergi sebab kat sini ada banyak lauk untuk makan tengahari. Pelbagai dan makin banyak berbanding dengan dulu, serius.

Kedai pun dah jadi dua lot. Dulu dekat end lot tu jer dan sekarang sebelahnya satu lot lagi di buka untuk memberikan runag yang lebih luas kepada para pelanggannya. Terbaik ni.

Searang tak susah kalau nak makan nasi berlauk kat Putra Heights. Restoran Serambi Melayu ni tanpa ragu-ragu lagi, ini tempat yang paling sesuai kat Putra Heights. Kalau kat Alam Megah, ada Restoran Megah yang terbaik.

Harga? Berbaloi, harga tengah-tengah la, takde le murah atau mahal sangat. Sesuai le dengan masakannya. Selain itu ada juga restoran untuk dinner Danok Station Putra Heights dan Restoran Shazua Corner.

Restoran Serambi Melayu Putra Heights

Apa saya paling suka kat Restoran Serambi Melayu?


Simple je, saya suka ulam dan budu memandangkan saya berasal dari Kelantan, maka inilah pilihan saya. Yang simple cam ni susah nak jumpa. Masakan yang pelbagai, senang nak cari, ramai yang kedai sediakan.

menu restoran serambi melayu

Masakan-masakan kampung ni susah sikit nak jumpa kat bandar macam KL kan. Kat Putra Heights tidak lagi. Malah kat sini ubi kayu rebus cicah kelapa pun ada. Unik kan.

tempat makan putra heights

Kalau anda nak buat majlis makan-makan pun boleh kat sini, buat je tempahan.


No 20 & 22, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Seksyen 7, Putra Heights
Subang Jaya
03-5103 6778
Saya rekemen ni makan kat sini. Siapa pernah makan kat restoran ni?

Tag : Food
3 Komentar untuk "Makanan best di Restoran Serambi Melayu Putra Heights"

Memang best! Terbaik! Semua sentuhan makanan yg terbaik. Sy suka kari ikan dan kari kambing. Kentang bercili pun sedap... Kedai proper... Terbaik!!!

Serambi Melayu ni champion le buat masa ni.

Memang sedap masakan nya baik untuk sarapan pagi atau makan tengahari...bermacam pilihan sampai rambang mata nak memilih lauk...memang TERBAIK WA CAKAP LU...

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top