Info Putra Heights 2016

Danok Station Putra Heights Restoran Yang Tenang

Korang pernah makan tak di Danok Station Putra Heights? Saya ada beberapa kali mencuba makan kat salah satu restoran di Putra Heights ini dan makanannya tidak mengecewakan. Sebab tuh lah saya dan keluarga banyak kali makan di restoran ini.

Danok Station Putra Heights berada di sebaris dengan 99 Speedmart. Lot kedai tengah tu tengok signboard Danok Station. Orang tidak ramai kat restoran ini. Kalau anda singgah, sure terus di layan. TV dan wifi percuma di sediakan, budak-budak suka boleh download game banyak-banyak.

Yang unik nya restoran ni ialah meja dan kerusinya macam di buat dari bahan terpakai, iya ke tetapi cantik oooo kemasan dia. Yang paling saya suka kat sini ialah suasananya yang tenang dan damai. Ada bahagian luar  dan bahagian dalam yang berekon. Pilihlah mana anda suka, harga makanannya sama je.


Danok Station Putra Heights

Alamak DanOK Station di NO. 9 Jalan Putra Mahkota 7/4A sebaris dengan Restoran D'Shazua Corner bro. Cer singgah kat sini jap, memang anda tak nyesal la.

danok station

Tengok harga makanan kat restoran Danok ni, biasa je kan harganya, macam kedai-kedai lain jugak la. Berbaloi boleh di katakan. Parking pun senang kat sini.

putra heights

Budak kalau dah lapar cam ni lah muka dia, sambil tunggu makanan. Cantik gak lampu-lampu kat Danok Station ni.

putra avenue

Ini salah sorang budak Tadika Sinaran Intelek. Nakal ni budak ni tapi pandai posing ambil gambar.

food putra heights

Senarai harga makanan kat Danok Station. Pilih mana korang nak, harga biasa-biasa jer. Saya teh tarik je lah pilihan saya dan air sirap.

Danok Station subang jaya

Nampak kemasan kayu kat restoran ni, cantik kan buatannya. Ini bahagian dalam yang ada ekon, tenang kan. TV ada kat luar, satu je TV dia. Kena tambah TV kat dalam satu lagi tokey ek.

nasi goreng cina danok

Hah ni dia, nasi goreng cina, nampak biasa-biasa je kan dan memang biasa-biasa je hihihi.

putra heights food

Tahu tak ni apa? Nasi goreng pataya la ni kalau tak nampak nasi ni kan. Budak-budak suka nasi goreng pataya ni.

Maaf, gambar minuman takde, tak sempat nak ambil ataupun malu nak ambik gambar banyak-banyak. Anda kena singgah ke Danok Station ni - tak nyesal punya lah.

Tag : Food
0 Komentar untuk "Danok Station Putra Heights Restoran Yang Tenang"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top