Info Putra Heights 2016

Apa sudah jadi dengan Maybankard 2 Platinum Credit Cards ( kad kredit Maybank )?

Saya sudah lama dengan Maybank2kad kredit kad (Maybankard 2 Platinum Credit Cards) dan kelebihan yang di berikan memang tidak mengecewakan saya. Di sebabkan saya banyak juga la isi petrol setiap bulan iaitu lebih kurang rm700, maka kat American Express Maybank2kad kredit kad (Maybankard 2 Platinum Credit Cards) ni memang sesuai dengan saya dengan cash rebate sebanyak 5% untuk isi minyak pada weekend – sabtu dan ahad.

Tetapi, kelebihan kredit kad ini telah berakhir kerana bermula bulan Ogos 2015 yang lepas, Maybank2kad kredit kad (Maybankard 2 Platinum Credit Cards) tidak lagi memberikan cash rebate untuk petrol. Yang hanya di kekalkan cash rebate hanya untuk dining sahaja.

Jadi, secara automatic Maybank2kad kredit kad (Maybankard 2 Platinum Credit Cards) tidak lagi sesuai dengan saya dan saya mencari untuk review kad kredit yang lain pula.

Maybankard 2 Platinum Cards

Kredit kad terbaik untuk petrol 2015


Dalam proses mencari-cari kredit kat untuk petrol ni, saya telah apply dan dah dapat pun 2 kredit kad iaitu Citibank Cash Back Platinum Credit Cards dan Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard Credit Cards.

Saya sekarang dalam proses untuk review kedua-dua kredit kad supaya boleh memaksimunkan kelebihan yang ada. Kelebihan macam mana tuh, saya nak kelebihan untuk petrol yang paling utaman.

Citibank Cash Back Platinum Credit Cards
Kredit kad Citibank ini memberikan cash rebate petrol sebanyak 5% di mana cash rebate ini adalah untuk pembelian petrol sebanyak rm600 sebulan. 5% untuk rm600 adalah sebanyak rm30 sebulan saya dapat dengan kredit kad ini jika saya gunakan untuk petrol sebanyak rm600. Tanpa mengira hari ( tidak hanya untuk weekend – sabtu dan ahad sahaja ). Menarik ni tanpa mengira hari kan. Biasanya kredit kad hanya bagi rebate pada weekend sahaja.

Citibank Cash Back Platinum Credit Cards


Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard Credit Cards
Untuk kredit kad Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard pula, cash rebate petrol sebanyak 4% jika anda gunakan kad tersebut untuk belian apa-apa barang ( termasuk petrol ) sebanyak min rm500 sebulan dan maksimun untuk rebate petrol ialah rm12 sahaja ( belian petrol rm300 ).

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard Credit Cards

Jadi saya telah memaksimunkan rebate untuk petrol saya iaitu sebanyak rm700 sebulan sahaja walaupun kredit kad Standard Chartered hanya berikan 4% sahaja untuk penggunaan rm500 sebulan. Cukup untuk perbelanjaan saya. Mungkin untuk anda, lain pula angkanya sebab perbelanjaan anda dan saya berlainan.

Jika anda menggunaka kredit kad secara puratanya untuk petrol rm700 dan untuk lain-lain rm800 sebulan, anda boleh gunakan cara pengunaan  kredit kad saya ini untuk memaksimunkan kelebihan yang di berikan.

Memandangkan pengunaan petrol saya dalam rm700 sebulan:


Saya akan gunakan kad kredit Standard Chartered rm500 sebulan dan selebihnya saya akan gunakan kredit kad Citibank.

Ada lagi yang menarik dan masih baru iaitu kredit kad Ikhwan Maybank 5% Cash rebate. Yang ni saya kan review bila saya dah apply dan dapat.


1 Komentar untuk "Apa sudah jadi dengan Maybankard 2 Platinum Credit Cards ( kad kredit Maybank )?"

terima kasih atas info, saya tak perasan cash rebate petrol ni dah takde dlm bil.

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top