Info Putra Heights 2016

Pembinaan Masjid Putra Heights perlukan RM3.1 juta dalam masa 11 bulan

Nampaknya pembinaan Masjid Putra Heights menghampiri kenyataannya. Tetapi tidak semudah yang di sangka. AJK pembinaan masjid ini memerlukan usaha yang keras di mana memerlukan rm3.1juta lagi dalam masa 11 bulan untuk memulakan pembinaan masjid ini. Nilai ini akan berjumlah 50% daripada kos keseluruhan iaitu sebanyak rm15 juta.

Mampukah AJK mendapat dana sebanyak ini tanpa bantuan kita semua? Jika ada korporat yang bagi sumbangan, tidak mustahil benda ini menjadi kenyataan sebab bantuan daripada korporat ni biasanya banyak.

Masjid Putra Heights bukan hanya sekadar masjid, ini juga sebagai tanda syiah Islam di Putra Heights dan pelbagai aktiviti boleh di jalankan di masjid ini.



Assalamualaikum wr wb., AJK Pembinaan Masjid Putra Heights melalui mesyuarat berkala yg diadakan pada 31.08.2015 telah...
Posted by Masjid Putra Heights on Friday, September 4, 2015





Harapan putraheights.org supaya usaha ni mencapai kejayaan dan terima kasih di ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Masjid Putra Heights ni.

0 Komentar untuk "Pembinaan Masjid Putra Heights perlukan RM3.1 juta dalam masa 11 bulan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top