Info Putra Heights 2016

Panduan kitar semula 2015

Kitar semula 2015. Bermula bulan September 2015, pihak berkuasa telah menetap untuk kita semua mengitar semula bahan-bahan buangan daripada rumah kita. Adakah kita faham, apa yang perlu di kitar semula sebenarnya?

Aktiviti kitar semula ni memang telah di amalkan oleh banyak rumah di Putra Heights ni secara tidak langsung. Kali ini dengan penglibatan pihak berkuasa tempatan, aktiviti ini menjadi lebih tersusun lagi.

Untuk menghijaukan lagi bumi kita terutama di tempat kejiranan kita di Putra Heights ini, eloklah jika kita menyokong aktiviti seperti ini.


1. Apa yang perlu kita asingkan sebenarnya? Terdapat dua sisa di sini iaitu sisa baki dan sisa kitar semula. Sisa baki ini perlu di masukkan di dalam tong sampah dan sisa kitar semula ini perlu di susun dan di letakkan di tepi tong sampah.



2. Apakah yang di kelaskan sebagai sisa baki dari rumah kita? Sisa baki ialah sisa makanan, sisa dapur, bahan-bahan kotor dan juga lampin pakai buang. Ini hanyalah contoh sahaja.


3. Apakah sisa yang boleh di kitar semula? Tengok gambar di bawah, contoh sisa kitar semula ialah kertas, plastik, besi, logam, bateri  lama, getah dan sebagainya.


4. Kutipan sisa kitar semula ini akan di buat seminggu sekali oleh lori yang di sediakan. Lori ni tidak sama dengan lori angkut sisa baki.


5. Kutipan sisa baki pula akan di lakukan 2 kali seminggu. Bagi saya ok la tu. Mungkin ada  yang terlalu banyak sisa baki dan tak muat tong sampah. Cuba 2 kali seminggu dulu.


Marilah kita sama-sama menjayakan aktiviti yang saya rasa berfaedah ni sebab kadang-kadang kita hanya campur sahaja sisa-sisa ini dalam satu plastik sampah. Ini membazir kerana ada sisa yang boleh di kitar semula.

0 Komentar untuk "Panduan kitar semula 2015"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top