Info Putra Heights 2016

Restoran Khrua Thai di One City USJ

Restoran Khrua Thai di One City USJ. Pernah tak korang makan kat Khrua Thai di One City? Mesti best kan terutamanya pencinta makanan Thailand, tempat ni adalah syurga untuk anda, memang tidak dapat di nafikan.

Restoran Khrua Thai berada di tingkat 10 - tingkat paling atas di bangunan One City USJ. Kalau kat atas ni memang lejen la sebab open tu kat atas. Boleh tentok suasana USJ, Shah Alam dan Puchong. Kalau masa-masa perayaan, korang boleh lepak kat atas ni tengok bunga api, serius cantik pemandangan dari atas tingkat 10 bangunan One City ni.

Terdapat banyak kedai makan atau restoran kat sini, yang hebat-hebat dan yang saya belum pernah try pun ada jugak. Ntah bila boleh try nih, kena tunggu orang belanja ni.

Khrua Thai @One City USJ Subang Jaya


Ok, hari ni saya nak review sikit restoran atau tempat makan di One City ni. Nama restoran ni ialah Khrua Thai - nama pun dah macam ala-ala Thai kan.

restoran khrua thai one city usj

Nampak tak nama restoran ni, Khrua Thai memang gaya Thailand le nih. Kali pertama tengok nama dah boleh bayang kan makanan-makanan stail Thai di dalam restoran ini.


khrua thai one city

Nampak, confirm tomyam. Haha salah satu favourite aku ni. Tomyam merah, kalau tomyam putih best jugak ooo.

one city sky park

Salah satu view dari restoran Khrua Thai ni. Cantik kan lepak dan santai kat sini. Pemandangan dari tingkat 10 ni, bukan main-main.


menu restoran khrua thai one city usj

Salah satu lagi menu kat Khrua Thai One City ni la - Ayam Pandan. best ooo, tak percaya korang kena try. Ambil masa pegi jalan-jalan kat sini. Time-time dah gaji elok sangat le makan kat sini.


Jika korang nak tahu alamat Restoran Khrua Thai ni, ada kat bawah ni:

Khrua Thai
10th Floor,
One City Skypark,
Jalan USJ 25/1A,
Subang Jaya,Selangor

Tel: 03 5115 0139 


Tag : Advertorial, Food
1 Komentar untuk "Restoran Khrua Thai di One City USJ"

ok juga ni, boleh try.

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top