Info Putra Heights 2016

Jaga Kucing Anda

Panduan penjagaan kucing.Ramai orang suka binatang seperti kucing, anjing dan ayam. Bagi Muslim, pemeliharaan anjing tidak di benarkan di atas sebab-sebab agama. Untuk memelihara binatang-bintang lain takde masalah.

Di Putra Avenue juga terdapat mereka yang minat memelihara binatang terutamanya kucing. Bagus jika anda betul-betul sayanagkan kucing anda. Bagi saya terdapat banyak jenis golongan manusia terhadap kucing ni. Pada pendapat saya, golongan ini ialah:

1. Suka kucing dan suka memelihara kucing - jika anda termasuk dalam golongan ini, baik untuk anda sebab berbuat baik kepada binatang kesayangan anda. Tetapi pastikan kucing anda tidak menganggu jiran anda nak juga komuniti di sekeliling anda.

2. Suka kucing dan tak suka memelihara kucing - mungkin di atas sebab-sebab tertentu seperti tak tahu nak jaga kucing, tak mahu ambil tanggungjawab untuk menjaga kucing takut menyusahkan orang lain dan sebagainya. Mungkin juga sebab alergi terhadap bulu kucing.

3. Tak suka suka dan tak suka memelihara kucing - golongan ini memang tidak menyukai kucing dan pastikan kucing anda jangan mendekati golongan ini.

Panduan Menjaga Kucing


panduan jaga kucing


Bagi saya, tangungjawab lebih berat kepada golongan satu iaitu yang suka kucing dan memelihara kucing. Bagaimana anda hendak menjaga kucing supaya sihat. Dan lebih penting lagi bagimana anda hendak menjaga kucing anda supaya tidak memberi ganguan kepada jiran di sekeliling anda. Cuba bayangkan:

Jiran anda terpaksa membasuh najis kucing di halaman berumput di rumahnya.
Jiran anda terpaksa menghidu bau najis kucing walaupun kucing anda tidak membuang najis di kawasan rumahnya.
Jiran anda terpijak najis kucing dan masuk kereta, habis berbau satu kereta.
Jiran anda terpaksa memukul kucing anda kerana geram san sebagainya.

Memang semua orang tahu, menjaga binatang peliharaan adalah satu niat yang baik. Dan saya rasa lebih baik jika menjaga hati sesama manusia jika terpaksa membuat pilihan samada ada nak jaga haiwan peliharaan atau hati jiran-jiran anda.

Renung-renungkan lah.
Tag : Lifestyle
0 Komentar untuk "Jaga Kucing Anda"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top