Info Putra Heights 2016

Pusat Tuisyen Smartmaths Putra Heights – Subang Jaya

Tuition centre. Mesti ramai ibu bapa tercari-cari pusat tuisyen sekitar Putra Heights ni kan. Anak-anak dah mula sekolah dan biasanya kalau anak dah masuk sekolah rendah darjah 4, ibu bapa dah sibuk caru pusat tuisyen yang berkaliber untuk hantar anak belajar kelas tambahan.

Salah satu pusat tuisyen Putra Heights ( Tuition centre ) ni, iaitu Smartmaths ni saya rasa macam best pula bila tengok iklannya. Di Putra Heights, pusat tuisyen Smartmaths ( Tuition centre ) berada sebaris dengan speedmart 99. Mesti anda tahu lokasi ni kan. Dekat-dekat Restoran D’Shazuan Corner le nih. Dekat je tuh dan kawasan agak sibuk gak waktu malam – takde le menakutkan sangat.

Pusat Tuisyen Smartmaths Putra Heights


Fakta tentang Pusat Tuisyen Smartmaths Putra Heights


Ok, kat sini saya nak cerita sikit tentang Pusat Tuisyen Smartmaths Putra Heights ni. Saja je sebagai info dan sebagai salah satu pusat tuisyen yang anda kena ambil kisah. Fakta tentang Pusat Tuisyen Smartmaths :

  • Kelas percuma di berikan kepada pelajar pada bulan februari 2015 – ohhh menarik ni, mungkin ni sebagai promosi kot untuk pembukaan di cawangan Putra Heights Subang Jaya. Ok, yang ni cantik dah nih kalau nak cuba ambil tahu lebih lanjut tentang pusat tuisyen ni.
  • Untuk semua  subjek – lagi menarik, semua subjek ada, ramai cikgu-cikgu pelbagai bidang kat pusat tuisyen smartmaths nih. Bukan sekolah rendah sahaja, sekolah menengah, UPSR, PT# dan untuk pelajar SPM juga. Semua tapau licin, boleh ambil tuisyen kat sini tetapi tempat terhad kepada 100 yang awal sahaja. Faham-faham je le yer.
  • Aktiviti tahunan – pusat tuisyen smartmaths ni bukan  hanya tempat belajar tuisyen sahaja tetapi juga ada aktiviti tahunan seperti  lawatan, kem motivasi, bacaan yassin dan solat hajat serta seminar-seminar pendidikan.
  • Pengangkutan di sediakan – uish ada pengangkutan tapi rasanya kena tambah bayaran lain le nih kan, takkan masuk sama dalam yuran belajar kan.
  • Cawangan – ada 29 cawangan setakat ni, wow hebat pusat tuisyen ni, merata-rata tempat ada seperti di pusat tuisyen smartmaths Putra Perdana, pusat tuisyen smartmaths Prima Perdana, pusat tuisyen smartmaths Seksyen 7 Shah Alam, pusat tuisyen smartmaths Putrajaya, pusat tuisyen smartmaths Saujana Putra, pusat tuisyen smartmaths Bangi seksyen 7 dan pusat tuisyen smartmaths Seri Putra.

Kelebihan Tuition Centre Smartmaths


Antara kelebihan Tuition Centre Smartmaths ni ialah:

  1. Kaunselor yang berpengalaman – biasa
  2. Guru pakar dan terlatih – biasa
  3. Kelas tutorial berorientasikan SBP – luar biasa
  4. Ujian Bulanan – biasa
  5. Kelas math dan add math berimpak tinggi – luar biasa
  6. Modul bulanan – biasa
  7. Pengangkutan – biasa
  8. Woven bag percuma – biasa
  9. T-shirt percuma – biasa
  10. File percuma – biasa

Yuran Pusat Tuisyen Smartmaths


Kalau pergi tuisyen, yuran mesti ada lah kan. Tetapi demi pendidikan anak-anak, apa lah sangat kan kalau mampu. Kalau tak mampu kena le ajar sendiri kat rumah supaya tak ketinggalan pelajaran anak-anak kat sekolah nanti.

Darjah 1 – 5 : BM/BI/Maths/Sains. 2 subjek rm70
Darjah 6 : BM/BI/Maths/Sains. 2 subjek rm80
Tingkatan 1-2: BM/BI/Maths/Sains. 2 subjek rm90
Tingkatan 3: BM/BI/Maths/Sains. 2 subjek rm100
Tingkatan 4:BM/BI/Prinsip akaun/Sains/Sejarah/Fizik/Kimia/Biologi/Maths/Add Maths.
Tingkatan 5: BM/BI/Prinsip akaun/Sains/Sejarah/Fizik/Kimia/Biologi/Maths/Add Maths.

Oh ya, yuran pendaftaran antara 40-50 rm dan campur duit untuk ujian dan nota ( utk setahun ) rm40.
Amacam? OK kan, ke KO? Untuk anak-anak ni bukan main-main. Kalau mampu, apa salahnya walaupun bijak pendidikan tu tak menjamin kerja masa depan tetapi biarlah kita bagi yang terbaik untuk pendidikan anak-anak.

Nak tahu lebih lanjut, anda terjah sendiri kat:

Smartmaths
No. 12A-2, Jalan Putra Indah 9/1D
47620 Putra Heights, Selangor.
013-680 6086

HQ 017-351 5108
2 Komentar untuk "Pusat Tuisyen Smartmaths Putra Heights – Subang Jaya"

Jika ada pertanyaan tentang tuisyen ni, sila berhubung dengan Smartmaths, guna no telefon di atas. tq.

Jika ada pertanyaan tentang pengiklanan di blog ini, sila hubungi kami di bahagian contact.

bagaimana untuk saya menjadi guru tuisyen ea?

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top