Info Putra Heights 2016

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal. Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, kini tibanya bulan Syawal, bulan kemenangan untuk umat Islam untuk merayakan Hari Raya Aidilfiri. Di bulan Syawal ini kita disunatkan untuk berpuasa sunat Syawal atau lebih dikenali di kalangan kita sebagai puasa enamiaitu puasa 6 hari di bulan Syawal, ianya boleh dilakukan secara berterusan (lebih afdhal) atau secara berpisah.


Menurut Hadis Nabi Muhammad SAW. "Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh." (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Antara hikmah disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti bulan puasa Ramadhan sahaja tetapi amalan itu boleh dilakukan secara konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia. Berikut dikongsikan lafaz niat untuk puasa enam bulan Syawal.

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal
0 Komentar untuk "Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top