Info Putra Heights 2016

Rondaan Polis di Putra Avenue

Tahukah korang, polis selalu buat rondaan kat Putra Avenue? Walaupun kita rasa macam jarang jumpa polis buat rondaan, sebenarnya mereka ada buat rondaan. Saya pernah terserempak dengan polis pukul 2 pagi buat rondaan kat putra avenue. Begitulah pentingnya keselamatan dalam kehidupan kita dan begitu juga pentingnya polis dalam menjaga keselamatan putra avenue dan putra heights juga tempat-tempat lain.

Jadi kita kena beri sokongan kepada polis dalam menjalankan tugasnya. Pernah saya langgar lampu merah dekat simpang berdekatan rumah kedai seksyen 7, tak sangka ada kereta polis plak. Kena saya saman. Tak kisah ler sebab saya buat salah kan. Padahal nak beli burger jer huhu. Mahal betul burger malam tuh. Padan muka siapa suruh buat salah kan. Polis tetap menjalankan tugasnya dengan penuh amanah.

Tapi balai polis putra heights memang kat rumah seksyen 8 putra heights tu je ke. Taknak buat balai polis betul-betul ker. Macam tak kena pulak buat balai polis kat rumah corner lot tuh.

Harap polis tabah menjalankan tugas di putra avenue putra heights.
0 Komentar untuk "Rondaan Polis di Putra Avenue"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top