Info Putra Heights 2016

Piala Dunia: Jangan beri MC

Pengamal kesihatan dilarang mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada mereka yang mendakwa sakit tetapi sebenarnya hanya ingin mendapat pelepasan daripada pergi kerja kerana dilanda demam bola sepak Piala Dunia 2014.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, setiap pengamal perubatan sudah dilatih untuk mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar sakit dan memerlukan rehat di rumah dan seterusnya layak menerima sijil cuti sakit atau tidak.


"Sekiranya pengamal perubatan tidak mempunyai pengetahuan untuk mengesan sakit yang didakwa pelanggan, maka mereka tidak layak menjadi seorang pengamal perubatan.

"Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit hanya kepada pesakit yang layak.

"Sepatutnya saya tidak perlu memberi nasihat ini kerana saya percaya ia sudah ada dalam pengetahuan mereka," katanya.



Beliau mengulas pertanyaan pemberita tentang kemungkinan peningkatan pengeluaran sijil cuti sakit sepanjang tempoh berlangsungnya Piala Dunia 2014.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, menyokong pasukan pilihan iaitu Brazil pada musim Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung.


Katanya, pasukan tersebut mempunyai budaya sukan yang baik selain telah banyak menyumbang kepada peningkatan sokongan sukan bola sepak dunia.


0 Komentar untuk "Piala Dunia: Jangan beri MC"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top