Info Putra Heights 2016

Oksigen bersih tunjang kesihatan

Kita terdedah kepada faktor persekitaran, pemakanan dan gaya tidak sihat yang menjadi penyumbang kepada pelbagai punca masalah kesihatan seiring dengan peningkatan usia. Ini termasuk jantung, strok, darah tinggi, kencing manis, asma, saraf dan lain-lain.

Masalah kesihatan ini berpunca daripada tubuh badan berasid yang mengubah kepekatan darah kita hingga mengakibatkan pembuluh darah tersumbat selepas tidak dapat mengalir dengan lancar.

Oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlukan setiap saat. Kesemua proses penting seperti pernafasan, peredaran darah, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, serta pembiakan hanya berlaku apabila terdapat banyak oksigen.

Oksigen merupakan sumber tenaga segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai agen pengawal penyakit, terutamanya luka kronik.

"Semua penyakit kronik berpunca daripada kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel," ujar Authur C. Guyton, M.D. di dalam bukunya, The Textbook on Medical Physiology.


Arrakasta MO Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang terdiri daripada usahawan muda dan berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan serta merupakan pengedar tunggal Dr. Arras Oxygen Concentrator di Malaysia yang mendapat sambutan di hati pengguna sejak dilancarkan.

Pengurus Besar Arrakasta MO Sdn. Bhd., Mohd Norazri Hamzah menjelaskan, setiap tubuh badan manusia mempunyai 60 billion sel yang memerlukan oksigen.

Kita ingin mengubah tanggapan orang ramai bahawa oksigen berkait rapat dengan semua jenis penyakit dan bukannya pada masalah kesihatan pernafasan sahaja.

Apabila sel mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, tisu dan organ kita menjadi lebih sihat. Ini kerana fungsi utama darah kita adalah mengangkut oksigen sebagai nutrisi utama sel.

"Justeru itu, semua kaedah rawatan dan pencegahan di dunia adalah dengan memastikan perjalanan darah lancar termasuk pintasan jantung, terapi medan elektrostatik dan terapi lain seperti akupuntur, bekam, berurut dan bersenam," katanya.

Menurut Azri lagi, Dr. Arras Oxygen Concentrator memang menjimatkan kerana menawarkan tiga keperluan dalam satu harga yang berpatutan, malah antara Mesin Oksigen Concentrator termurah di pasaran berbaloi dengan kualitinya.

"Selain itu, Dr. Arras Oxygen Concentrator merupakan satu-satunya produk kami yang memenuhi permintaan orang ramai kerana mempunyai ciri yang lebih kecil, mudah alih dan pada harga mampu milik setanding dengan fungsi dan kualiti,".

"Uniknya ia berfungsi tiga dalam satu iaitu membekalkan oksigen tulen dan ion negative yang diperlukan badan selain terdapat fungsi penapis udara. Selain itu, ia menjimatkan tenaga elektrik dengan hanya 80 hingga 90 wat sekali penggunaan sahaja berbeza dengan mesin oksigen concentrator lain" katanya.

Dr. Arras Oxygen Concentrator mampu membekalkan sehingga 90 peratus oksigen tulen berbanding persekitaran yang hanya mampu memberikan 21 peratus bekalan oksigen.

"Selain itu, dengan menggunakan teknologi Jerman terkini iaitu penapisan hepa, ia bukan hanya menapis udara, malah bendasing seperti bulu binatang, asap serta habuk termasuk membunuh virus dan bakteria sehingga sekecil 0.03 mikron yang terdapat di dalam udara.

"Pada masa yang sama, ia juga membekalkan sebanyak 5 juta ion negatif meliputi sebuah ruang bilik tertutup" katanya.

Menurutnya, udara bersih masih belum boleh dikategorikan sebagai sihat kerana tiada ion negatif.

Badan kita berasid dan berpenyakit berpunca daripada ion positif di persekitaran kita. Justeru itu, ion negatif penting bagi memastikan badan kita beralkali dan biasanya boleh didapati dalam kawasan pendalaman yang tenang seperti hutan dan air terjun.

Dr. Arras Oxygen Concentrator membantu menambahkan kepekatan oksigen supaya sel atau tisu sihat seterusnya membolehkan organ berfungsi dengan baik.

"Keberkesanan alat ini membantu mereka yang mempunyai asma, semput, resdung dan mudah penat supaya bertambah baik dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

"Malah ia juga sangat bagus untuk luka besar, terbakar, kencing manis dan kanser selain tiada pantang larang penggunaannya,"katanya.

Di samping mereka yang mengalami masalah kesihatan, mesin Dr. Arras Oxygen Concentrator ini juga amat sesuai untuk pencegahan, malah amat bagus untuk mereka yang sedang belajar sama ada di peringkat bawah dan tinggi, atlet sukan, golongan professional yang sentiasa berada di dalam ruang terhad, ibu mengandung dan lain-lain lagi.

Azri berkata, pihaknya berharap Dr. Arras Oxygen Concentrator boleh dijadikan sebagai alat kecemasan di rumah untuk membantu pesakit sebelum mendapat rawatan di hospital.

Sebarang pertanyaan lanjut dan temu janji boleh hubungi talian 019-2936337 atau 017-2990507 atau datang terus ke Arrakasta MO Sdn Bhd di alamat 23A-B Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor.

0 Komentar untuk "Oksigen bersih tunjang kesihatan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top