Info Putra Heights 2016

Harga rumah Malaysia naik 8% pada suku pertama

HARGA rumah di Malaysia meningkat lapan peratus pada suku pertama 2014 berbanding suku yang sama tahun lepas.
Menurut Indeks Harga Rumah Knight Frank Global yang disiarkan hari ini, Malaysia menduduki tempat ke-15 antara 54 negara.
Dubai yang menduduki tangga teratas ranking tahunan buat suku keempat berturut-turut, mencatatkan pertumbuhan 27.7 peratus hingga akhir Mac, katanya dalam nota penyelidikannya.
Bagaimanapun, harga meningkat 3.4 peratus pada tiga bulan pertama 2014, berikutan fi pemindahan yang meningkat sekali ganda dan sekatan gadai janji memberi impak ke atas pasaran hartanah negara berkenaan.
Ketua Penyelidik Knight Frank bagi Asia Pasifik, Nicholas Holt berkata 14 negara merekodkan penurunan harga rumah tahun ke tahun berbanding 12 di Eropah manakala Singapura dan Jepun merupakan negara bukan Eropah.

"Langkah-langkah membendung spekulasi serta syarat pinjaman gadai janji yang lebih ketat membendung peningkatan harga di Singapura manakala di Jepun, 'Abenomics' belum menolak naik harga rumah ke jajaran positif," katanya. 
Beliau berkata : 'Kami menjangkakan melihat pengukuhan prestasi indeks pada suku kedua. Tumpuan kini kekal pada bank-bank pusat khususnya Rizab Persekutuan, Bank of England dan Bank Pusat Eropah.
"Isunya bukan bila kadar faedah akan naik tetapi kepantasan dan tahap ia boleh dilakukan".
Secara keseluruhannya, Indeks Harga Rumah Global meningkat buat lapan suku berturut-turut, namun kadar pertumbuhan harga perlahan di sepanjang tiga bulan pertama 2014.
Tag : Hartanah
0 Komentar untuk "Harga rumah Malaysia naik 8% pada suku pertama"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top