Info Putra Heights 2016

Hairudin Omar bercinta dengan Fafau?

Hairuddin Omar

Umum tahu sebelum ini timbul gosip khabarnya pengacara popular, Fara Fauzana sedang bercinta dengan seorang pemain bolasepak tempatan. Bukan setakat itu, timbul juga desas-desus mengatakan dj radio ini mula bertudung atas permintaan kekasihnya.

Namun, menerusi beberapa buah media semalam, Fara Fauzana menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan meminta agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi.

Hari ini, melalui mStar Online pula, pemain bolasepak yang dikaitkan dengan Fara iaitu Hairuddin Omar ataupun lebih popular dengan panggilan Hai-O tampil memberi penjelasan serta menafikan gosip mereka bercinta.

Fara Fauzana

"Kami tidak bercinta dan tidak pernah pun keluar bersama. Cukuplah! Jangan buat andaian yang tidak betul. Kesian dengan dia (Fara)."

Pemain bola ini ketika ditemubual turut mendedahkan bahawa mereka pertama kali berjumpa kira-kira 7 tahun lepas ketika kru Hot FM singgah ke restoran miliknya.

Biasalah jadi artis, peminat akan selalu tertanya-tanya dengan perkembangan terbaru. Lagi-lagi jika popular macam Fafau, kan?
0 Komentar untuk "Hairudin Omar bercinta dengan Fafau?"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top