Info Putra Heights 2016

Foto Perkahwinan Jimmy Shanley Kali Kedua



Pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley selamat melangsungkan pernikahan buat kali kedua petang tadi dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam.

Jimmy atau nama sebenarnya Azmy@Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, selamat dinikahkan seorang wanita yang bernama Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dalam majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Tuan Haji Abdul Jalil Othman, kira-kira jam 6.20 petang.

Hanya dengan sekali lafaz, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam yang merupakan seorang ahli perniagaan. Mas kahwin perkahwinan berjumlah RM 1,000 manakala wang hantaran berjumlah RM 15,000.

Majlis tersebut turut menyaksikan rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pernikahan ini merupakan perkahwinan kedua Jimmy selepas bercerai dengan Nursuhaila Eliani pada tahun 2012. Hasil pernikahan pertama tersebut, Jimmy telah dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.
0 Komentar untuk "Foto Perkahwinan Jimmy Shanley Kali Kedua"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top