Info Putra Heights 2016

9 hotel, resort gagal baharui sijil halal

Sembilan hotel dan resort merupakan antara 17 premis makanan termasuk dapur dan restoran di daerah ini yang gagal memperbaharui sijil halal masing-masing selepas Sistem e-Halal dilaksanakan bermula Januari tahun lalu.


Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Noridzuan Abdul Manan berkata, premis-premis berkenaan didapati gagal memperbaharui sijil tersebut dipercayai kerana pihak pengurusan tidak komi­ted terhadap kepentingan persijilan halal.


Jelasnya, antara sebab mereka gagal berbuat demikian adalah kerana lewat mengemukakan permohonan baharu, gagal melantik pegawai bertanggungjawab mengurus permohonan halal secara dalam talian dan gagal mengisytiharkan menu yang disediakan.




"Adalah penting untuk mereka mengisytiharkan kese­luruhan ramuan digunakan dengan lengkap dalam masakan mereka untuk peroleh sijil halal," katanya di sini hari ini.

Pengguna diminta merujuk laman web JAIP iaitu http://jaip.pahang.gov.my bagi melihat senarai penuh hotel dan premis yang mendapat sijil halal.

0 Komentar untuk "9 hotel, resort gagal baharui sijil halal"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top