Info Putra Heights 2016

webmaster.my.mdcbl0g@blogger.com

Syarikat pemaju hartanah, RBI Land Sdn Bhd merancang untuk membina 30,000 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam di seluruh negara menerusi tanah-tanah rizab Melayu dan tanah lain yang dimajukan.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Ibrahim berkata projek dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam (Proper) itu akan membangunkan perumahan jenis kondominium yang menampilkan reka bentuk moden dan harga berpatutan.
alt
"Kita telah menetapkan harga standard untuk rumah-rumah ini tanpa mengira lokasi mana projek perumahan ini dimajukan melibatkan Lembah Klang yang dirancang siap dibina pada 2017, sebelum diperluaskan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Prosper oleh Pengerusi Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Noor Abdullah dan Pengerusi RBI Land Datuk Mohd Rani Abd Rashid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari Sabtu.

Roslan berkata syarikat yakin projek yang menyasarkan penjawat awam berumur 21 hingga 35 tahun itu akan mendapat sambutan kerana faktor harganya yang murah dan lokasi strategik selain menawarkan pelbagai imbuhan untuk pembeli rumah.

"Ini termasuk baucar perabot sehingga RM20,000, pakej umrah untuk dua orang di samping peluang pelaburan bank," katanya.

Di majlis itu juga, syarikat tersebut memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tabung tragedi Lahad Datu.

0 Komentar untuk "webmaster.my.mdcbl0g@blogger.com"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top