Info Putra Heights 2016

Tukar telefon pintar lama kepada iPhone 5S baharu

Penyedia perkhidmatan komunikasi, Maxis Bhd, mempelawa rakyat Malaysia untuk menukar telefon pintar lama mereka kepada iPhone 5S baharu pada kadar harga tukar beli terbaik.

Maxis menawarkan harga tukar beli RM750 bagi mana-mana iPhone 4s atau Samsung Galaxy Note 2 (sebarang varian) dan RM500 bagi mana-mana iPhone 4 atau
Samsung Galaxy S3 (mana-mana varian).

Ketua Perniagaan Pengguna Maxis Dushyan Vaithiyanathan berkata 'program Tukar Beli Naik Taraf Hebat' itu merupakan program pertama seumpamanya di negara ini, yang menawarkan pelanggan cara mudah untuk menaik taraf kepada peranti yang diingini.

Maxis

"Menerusi program tukar beli ini, Maxis kini mempunyai mengenakan tahap kemasukan terendah untuk iPhone 5s (semua varian) bersama kontrak," katanya.

Untuk menukar beli peranti lama mereka, pelanggan boleh menyimpan data telefon dan membawanya ke mana-mana cawangan Maxis di seluruh negara untuk pemeriksaan pengesahan cepat sebelum memilih pelan iValue pilihan dan telefon.

Pelan iValue 1, 2 atau 3 bermula daripada RM100 setiap bulan selama 24 bulan kontrak. Pelanggan hanya perlu memastikan telefon dalam keadaan yang baik - peranti dapat dihidupkan dan dimatikan dan akses IMEI, skrin paparan berfungsi dan tidak retak, tiada butang rosak/hilang atau retak, dan 'Cari ciri iPhone saya' tidak dikunci (untuk iPhone sahaja).

Tawaran ini sah sehingga Julai 2014, atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my /tradeup.

0 Komentar untuk "Tukar telefon pintar lama kepada iPhone 5S baharu"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top