Info Putra Heights 2016

Review : Lenovo A880

Hari ni aku nak update pasal handphone Lenovo A880 memandangkan aku baru pakai fon ni dalam dua minggu. Sebelum ni aku pakai Samsung S Plus. Setakat hari ini aku berpuas hati dengan spec yang ditampilkan pada fon ni.. Kenapa aku beralih kepada Lenovo sedangkan spec yang ditengahkan oleh Samsung telah diakui pengguna? Salah satu sebab adalah harga!

Telah berada di pasaran antarabangsa pada tahun lepas dan berjaya menembusi pasaran Malaysia pada Januari 2014. Skrin bersaiz 6 inci memang sesuai untuk aku yang gemar bermain game. Main HD game tak lack, tak sangkut2 macam fon lain. Internal memori berkapasiti 8Gb dan mampu menampung sehingga 64Gb. Tapi untuk mendapatkan kualiti dan kelancaran dalam game, aku suggest korang guna memori card 16Gb sahaja sebagai maksimum requirement memandangkan ram fon berkapasiti 1Gb. Bimbang sangkut2 plak nanti.



Android version 4.2.2 Jelly Bean dengan menggunakan Quad-Core 1.3GHz Cortex-A7, dan Mali-400MP2 untuk GPU. Baterinya berkapasiti 2500mAh, mampu bertahan 1 hari penggunaan untuk bermain game dan online. Aku ingatkan kalau korang harapkan gambar yang lebih cantik, Lenovo A800 bukan pilihan terbaik sebab kameranya hanya 5MP. Model ini sangat sesuai untuk online dan bermain game.

Sebelum ni aku ada buat perbandingan dengan lain2 model Lenovo.

A850 - saiz LCD lebih kecil 6 inch dengan internal memori 4Gb
S650 - saiz LCD lebih kecil 4.7 inch, internal memori 8Gb tapi dan kamera 8Gb
P780 - saiz LCD 5.5 inch, 8MP camera dan bateri 4000mAH cuma mahal sikit
S820 - saiz LCD 4.7 inch, 12MP camera, internal memori 8Gb, bateri 2000mAH




Tapi kalau nak lagi puas hati korang beli K900. Skrin 5.5 inch, saiz ram 2Gb, Corning Gorilla Glass, nternal memory 16/32Gb, kamera 13MP, chipset Intel-Atom Z2580 Quad Core. Perghh pus hati kalau dapat sebab body dia pon cantik. Tapi mahal la sikit, harga sekarang around RM900 macam tu la.


So kalau korang mencari fon, why not korang try Lenovo. Kalau yang suka habiskan masa mengadap game, aku syorkan korang rembat A880. Seyes puas hati dan terbukti bateri aku masih lagi bertahan sehingga hari ketiga kalau on standby.

Pilihan di tangan korang

0 Komentar untuk "Review : Lenovo A880"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top