Info Putra Heights 2016

Punca sebenar Ninie Asmida putus kepala kemalangan

Punca sebenar Ninie Asmida putus kepala kemalangan - Mungkin kerana cinta yang amat mendalam, seorang lelaki sanggup memeluk erat teman wanitanya yang tidak berkepala selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kampung Meranek, Kota Samarahan tengah malam kelmarin.

Menurut sumber, kemalangan itu didakwa berpunca daripada motosikal yang ditunggangi Ninie Asmida dan kekasihnya dilanggar sebuah kereta ketika dalm perjalanan ke Kampung Meranek. Pasangan ini kemudian terjatuh dan tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah motosikal lain.

Motosikal berkenaan dipercayai menggilis badan wanita tersebut sehingga menyebabkan kepalanya terputus. Teman lelaki yang terkejut dengan kejadian tidak diduga itu segera memeluk Ninie Asmida dan menutup bahagian kepala yang terputus dengan baju.

0 Komentar untuk "Punca sebenar Ninie Asmida putus kepala kemalangan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top