Info Putra Heights 2016

PERLUMBAAN KATIL YANG MENARIK


Sukan Perlumbaan Katil telah menjadi acara tahunan oleh rakyat Yorkshire Bandar Utara Knaresborough. Perlumbaan pertama pada tahun 1965 pada mulanya hanya dibuka kepada Tentera Darat, Tentera Laut dan Marin Amerika, tetapi kini pertandingan ini telah dibuka penyertaannya kepada semua. 

Perlumbaan ini memerlukan 7 orang ahli pasukan termasuk yang berada diatas katil. Setiap pasukan perlu menyediakan tempat tidur mereka sendiri, menghiasi dengan tema yang dipilih pada tahun itu. Katil ini akan berjalan di atas empat roda, tetapi ia juga perlu berupaya terapung. 

Perlumbaan sepanjang 3km ini bermula dan berakhir di Conyngham Hall. Pada pertengahan perlumbaan, setiap pasukan akan mendaki lima cerunan ke Castle Top sebelum ia turun semula ke bawah bukit dan terus ke arah cabaran terakhir iaitu menyeberangi sungai.
0 Komentar untuk "PERLUMBAAN KATIL YANG MENARIK"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top