Info Putra Heights 2016

Masjid Putra Heights - 2017

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Putra Heights telah dibentuk pada 29 Oktober 2011 atas sokongan dari wakil-wakil setiap surau ini dengan satu tekad untuk menyempurnakan fardhu kifayah mendirikan masjid khasnya untuk penduduk setempat. Anggaran jumlah penduduk Islam di Putra Heights adalah 13 ribu orang. Pembangunan disekitar Putra Heights masih ada yang sedang di jalankan dan berkemungkinan jumlah penduduk Islam akan bertambah pada masa hadapan Sehingga kini terdapat sejumlah 4 buah surau di sekitar Putra Heights bagi memenuhi keperluan ibadah penduduk setempat.


Info Masjid Putra Heights

Dengan pertambahan penduduk Islam disekitar Putra Heights, keperluan adanya sebuah masjid kian mendesak dan akan menjadi mercu tanda syiar Islam dikawasan ini.
Nama :  Masjid Putra Heights, Subang Jaya
Tapak : Lot 62955 Persiaran Putra Indah, Mukim Damansara
Keluasan Tanah : 4.5 ekar
Anggaran Kos Pembinaan : RM 15 juta
Kapasiti Jemaah : 1000 + 1000 ruang tambahan.
Rekabentuk : Moden (Konsep Bangunan Hijau)
Fasiliti utama : Dewan solat berkarpet, kios perniagaan, rumah imam, ruang rekreasi, papan multimedia, sekolah tahfiz.
Jangkaan Siap Dibina : 2017

 Lokasi


Lokasi Tapak Masjid PH

Surat kebenaran JAIS



Kempen Sumbangan Dana "1RUMAH-RM2,000 2TAHUN"

Pada masa ini pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid sedang bergerak aktif untuk mengumpul dana pembinaan masjid. Kami menganggarkan bahawa kos pembinaan keseluruhan kompleks masjid adalah berjumlah RM15 juta. Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid istiqamah untuk memulakan gerak kerja pembinaan apabila telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang manasabah dan ini tertakluk kepada konsep rekabentuk yang sekarang sedang diusahakan. Kami bermatlamat agar masjid dapat mula beroperasi pada tahun 2017.
Memandangkan kos pembinaan yang tinggi dan kekangan untuk mendapatkan peruntukan segera dari pihak Kerajaan Negeri maka, kita  memerlukan sokongan yang padu dari penduduk setempat untuk pengumpulan dana. Berdasarkan anggaran jumlah rumah penduduk Islam sebanyak 2,500 unit di kawasan Putra Heights dan sumbangan purata RM2,000 serumah kami percaya jumlah RM5 juta di atas akan dapat dicapai di dalam masa dua tahun. Dengan ini kami merayu penduduk Islam Putra Heights agar dapat memberikan komitmen yang berterusan dengan mendokong KEMPEN SUMBANGAN DANA “1RUMAH RM2000 2TAHUN” ini supaya matlamat kita untuk memulakan pembinaan masjid di dalam masa dua tahun dapat dicapai. Pada masa yang sama, kami pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid, dengan sokongan dan kerjasama keseluruhan penduduk Islam Putra Heights, akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan dana dari sumber-sumber yang lain.
Walaubagaimanapun, kami mengalu-alukan penyertaan dari kawasan sekitar mahupon luar Putra Heights.  
Hubungi kami Jawatankuasa Pembinaan Masjid Putra Heights untuk maklumat lanjut.
0 Komentar untuk "Masjid Putra Heights - 2017"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top