Info Putra Heights 2016

Keselamatan di Putra Avenue

Keselatan di kawasan kejiranan sangat penting. Lain le kalau kat kampong, kunci motor pu n boleh tinggal kat motor jer, takde orang ambil. Kat Bandar lain, seperti di Putra Heights dan lebih tepat lagi Putra Avenue. Keselamatan komuniti tidak boleh di perjudikan atas sebab kewangan atau saja buat tak tahu. Memang bila melibatkan isu keselamatan ni,perlulah bajet tertentu dan sudah semestinya bajet ni di ambil dari penduduk, yuran keselamatan dan masalah inilah yang berlaku di Putra Avenue. Ramai yang tak nak bayar lol.

Pentingnya isu keselamatan di kawasan perumahan


Penting! Jangan abaikan. Jadi kenalah keluar bajet untuk keselamatan rumah masing-masing. Kalau tak berpuashati dengan khidmat keselamatan yang di berikan, boleh suarakan ke pihak ajk, no hal. Mungkin ada kes tertentu takde bajet untuk keselamatan, camne nak buat ya.Harap-harap tak ramai yang macam nih. Mungkin ada perubahan kerja ke, ada kos lain ke  yang perlu di bayar, sekali sekala boleh le kot di tangguh dulu.



Bayangkan, kalau lah, kalau lah ni ya, berlaku kecurian di rumah kita, lagi banyak kos yang terlibat kan. Jadi mencegah lebih baik dari mengubati, apa kata kita cegah benda ni dengan membayar kos untuk keselamatan di kejiranan kita. Nampak macam kawasan yang lebih kecil senang nak jaga dan lebih terjamin. Tepuk dada tanya selera. Bertindak sebelum terlambat!
Tag : Putra Avenue
0 Komentar untuk "Keselamatan di Putra Avenue"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top