Info Putra Heights 2016

iProperty Anjur Ekspo Hartanah Bumiputera 10 Mei ini

alt

 

Laman web hartanah utama Malaysia, iProperty.com, akan menganjurkan Ekspo Hartanah Bumiputera yang kedua selama empat hari mulai 10 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, iProperty berkata ekspo di Paradigm Mall itu akan menampilkan pelbagai jenis hartanah kediaman dan komersil di bawah satu bumbung.

"Ekspo itu akan menjadi platform ideal bagi pembeli dan pelabur hartanah untuk mendapat niaga janji terbaik dengan lebih 20 peserta pameran dan pemaju akan mengetengahkan projek masing-masing," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Georg Chmiel.

Beliau berkata ekspo itu dianjurkan buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lepas.

0 Komentar untuk "iProperty Anjur Ekspo Hartanah Bumiputera 10 Mei ini"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top