Info Putra Heights 2016

Gambar Cik Ta Intim Di Paris

Dalam salah satu gambar percutian Rozita Che Wan dan Zain Saidin ke Paris yang telah Nara kongsikan baru-baru ini, memang ada sekeping gambar yang menunjukkan aksi Zain mencium isterinya, Che Ta. Walaupun diselindung oleh topi milik Che Ta, aksi ini telah mendapat reaksi yang berbelah bahagi daripada para pengikutnya di Instagram.



Seperti biasa ada 2 belah pihak yang memberikan komen. Satu pihak mengeluarkan pendapat yang aksiini tiada apa-apa kerana Che Ta dan Zain adalah suami isteri. Dan satu lagi pihak melahirkan rasa kurang senang kerana adegan bercium ini agak melampau dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kebahagian yang sedang dikecapi. Menarik juga membaca komen-komen yang ditulis oleh para pengikut Instagram Che Ta ini.


Bagi Nara, gambar dengan aksi sebegini lebih baik disimpan untuk tatapan peribadi. Kalau gambar jalan pegang tangan, masih okay lagi untuk dikongsi di Instagram. Namun Che Ta dan Zain pasti ada sebab mereka yang tersendiri. Sementara itu kita sebagai pemerhati, bolehlah beri pendapat masing-masing tapi janganlah sampai bergaduh.
Tag : Lifestyle
0 Komentar untuk "Gambar Cik Ta Intim Di Paris"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top