Info Putra Heights 2016

Foto Penyokong JDT Kepung Pemain dan Penyokong Pahang


Johor Bahru, kekecohan dicetuskan segelintir penyokong tuan rumah menyebabkan kira-kira 100 penyokong dan juga pemain Pahang tidak dapat keluar dari Stadium Tan Sri Hassan Yunus sebaik perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, di sini berakhir sebentar tadi.



Tindakan provokasi segelintir penyokong termasuk menghambur kata-kata kesat menyebabkan situasi bertukar tegang dan memaksa pasukan keselamatan daripada Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan mengambil langkah berjaga-jaga.

Sehingga 12.20 tengah malam tadi, penyokong masih enggan bersurai walaupun dinasihatkan pihak keselamatan.

Kekecohan dipercayai berpunca daripada insiden kekasaran ke atas pasukan JDT sewaktu Liga Super di Kuantan sebelum ini.



Pahang membawa pulang bekal kelebihan jaringan di tempat lawan apabila mengikat JDT 1-1 di sini, dalam saingan malam tadi.

0 Komentar untuk "Foto Penyokong JDT Kepung Pemain dan Penyokong Pahang"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top