Info Putra Heights 2016

Cetak gambar pilihan pada kasut Adidas

PEMILIHAN  kasut boleh dikatakan antara perkara yang agak mengambil masa, tetapi bagaimana jika anda diberi pilihan untuk cetak gambar pilihan pada kasut anda?

Perkara ini ingin direalisasikan oleh pengeluar kasut, Adidas melalui tawaran terbaharu mereka.

Melalui akaun Instagram Adidas, mereka mempromosikan sebuah video ringkas, yang memperlihatkan mereka akan hadir dengan sebuah aplikasi khas untuk Android dan iPhone, dengan pengguna boleh melihat gambar pilihan mereka dicetak pada kasut Adidas ZX Flux.
Cetak gambar pilihan pada kasut Adidas
Buat masa ini, proses keseluruhan daripada rakaman gambar ke percetakan di atas kasut masih tidak diketahui sepenuhnya, dan dijangka akan dikongsi Adidas bersama-sama pelancaran aplikasi tersebut pada Ogos kelak.

Selain proses cetakan, satu lagi perkara menjadi tanda tanya ialah negara mana yang akan disokong oleh Adidas untuk produk baharu ini, di samping kosnya.

0 Komentar untuk "Cetak gambar pilihan pada kasut Adidas"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top