Info Putra Heights 2016

Belum ada kesan ke atas harga rumah

LANGKAH 'penyejukan' pasaran hartanah diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 tahun lalu tidak memberi kesan serta-merta ke atas sektor itu.

Pengarah Urusan (Antarabangsa) PropertyGuru International, James Sundram berkata, kesan daripada langkah dilaksanakan kerajaan itu memerlukan masa sebelum impaknya terhadap kenaikan harga rumah boleh dinilai.

Menurutnya, kesan langkah penyejukan itu hanya boleh dilihat apabila masyarakat mula bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku.

"Langkah 'penyejukan' pasaran bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. (Pembeli) biasanya akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum membeli hartanah.

"Bagaimanapun, ini berbeza dengan mereka yang mempunyai kewangan lebih baik dan biasanya mereka akan mengambil peluang untuk membeli lebih daripada sebuah hartanah, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi yang akhirnya memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah," katanya dalam sidang media selepas pembentangan Laporan Tahunan PropertyGuru Malaysia 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Laporan mengenai sektor hartanah itu menunjukkan kebimbangan terhadap kenaikan harga hartanah dan ketidakpastian dalam nilai pasaran antara penyumbang utama terhadap penurunan pembelian hartanah tempatan.

Sementara itu, Pengurus Negara (Malaysia) PropertyGuru Malaysia, Gerard Kho berkata, kelembapan dalam industri itu berpunca daripada kenaikan harga yang meliputi semua jenis hartanah.

"Harga rumah di Malaysia kini dianggap terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki, selain harga kurang munasabah.

"Kenaikan harga mendadak menjadi faktor utama kurangnya pembelian hartanah," katanya.

Menurut Kho, harga kediaman di kawasan Lembah Klang kini meningkat sehingga 30 peratus tetapi pendapatan isi rumah pula secara purata hanya mencecah RM5,000.
0 Komentar untuk "Belum ada kesan ke atas harga rumah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top