Info Putra Heights 2016

Bagaimana Kereta Viva Boleh Langgar Pesawat #MH740/741 Milik MAS?


Kereta Langgar Pesawat MHMH740/741 Milik MAS | Isu Meletop melibatkan pesawat dilanggar kereta perodua Viva di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA)







KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) telah mengubah waktu perjalanan pesawat MH740/741 miliknya berikutan kejadian pelanggaran antara pesawat tersebut dengan sebuah kenderaan lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pesawat B737-800 itu dijadualkan berlepas ke Yangon pada jam 10.05 pagi tadi namun telah ditunda dan penumpangnya dipindahkan ke pesawat yang lain yang kemudiannya berlepas sekitar jam 10.45 pagi selepas itu.

Dalam kenyataan MAS kepada media, pesawat yang mengalami kerosakan pada badannya itu telah diubah waktu perlepasannya ke Yangon pada jam 12.30 tengah hari.

Pihak MAS turut menjelaskan bahawa pemandu kenderaan milik sebuah syarikat swasta itu telah diberi teguran.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail memberitahu bahawa jurutera pesawat kini telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk meneliti kerosakan yang terjadi pada pesawat itu.

"Pemeriksaan awal medapati tiada kerosakan berisiko pada pesawat. Namun, pesawat itu diarahkan untuk tidak terbang sementara pemeriksaan yang lebih mendalam dilakukan pada pesawat tersebut," katanya.

Izham sekali lagi menjelaskan bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan utama bagi MAS.

MAS memohon maaf kepada penumpang MH740/741 atas kesulitan yang berlaku pada jadual penerbangan mereka.
0 Komentar untuk "Bagaimana Kereta Viva Boleh Langgar Pesawat #MH740/741 Milik MAS?"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top