Info Putra Heights 2016

70 Peratus Projek Danau Mutiara Ditempah Pada Pelancaran

alt

Lebih 70 peratus pelbagai unit yang dibangunkan dalam projek Danau Mutiara di Putrajaya, dijual semasa pelancarannya baru-baru ini.

Projek itu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM213 juta, dilaksanakan oleh Putra Perdana Development Sdn Bhd, unit dalam Putrajaya Perdana Bhd.

Danau Mutiara mengandungi sembilan unit banglo, 38 rumah berkembar dan 34 lot kosong, kata Putra Perdana dalam satu kenyataan.

Pada pelancaran itu, semua unit banglo, semua unit khusus untuk penjawat awam dan unit berhadapan tasik, dijual.

Harga jualan bermula daripada RM2.3 juta sehingga RM4 juta dengan keluasan binaan antara 4,218 dan 5,456 kaki persegi.

Selain Putrajaya, Putra Perdana Development juga memaju projek lain di luar Putrajaya, termasuk Perak, Melaka dan Bukit Jalil
Tag : Hartanah
0 Komentar untuk "70 Peratus Projek Danau Mutiara Ditempah Pada Pelancaran"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top