Info Putra Heights 2016

5 Tips Mudah Sukses Bisnes Dropship

Dalam artikel sebelum ini, saya ada menceritakan tentang apa itu bisnes dropship dan bagaimanakah bisnes dropship boleh membantu ramai usahawan untuk memulakan perniagaan mereka dengan modal yang sangat kecil.

Untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi kepada anda beberapa tips, bagaimana anda boleh sukses dan menjana wang yang banyak melalui bisnes dropship.

 

Bisnes dropship, pasaran tempatan atau luar?


Anda sebenarnya boleh membuat pilihan samada mahu membuat bisnes dropship untuk pasaran tempatan atau pun antarabangsa. Cara kedua-duanya masih sama, apa yang sedikit berbeza mungkin pada platform pemasaran yang akan anda gunakan. Contoh, untuk dropship pasaran luar, anda boleh menggunakan ebay dan untuk dropship pasaran tempatan anda boleh menggunakan laman web facebook. Kedua-duanya mampu memberi kejayaan kepada anda jika anda melakukannya dengan cara yang betul. Kita akan bahaskan mengenai kedua-duanya melalui artikel lain nanti.

Dalam artikel ini, anda akan di dedahkan dengan tips mudah, bagaimana untuk memulakan bisnes dropship.


Tips 1 : Jual produk yang berpotensi


Untuk menjual dan memulakan perniagaan, kita masih menggunakan prinsip asas dalam perniagaan, iaitu jual produk yang mempunyai permintaan di pasaran. Lihat di facebook sebagai contoh, produk yang sentiasa mendapat sambutan dan mudah untuk di jual ialah berkaitan dengan pakaian, produk diet, produk penjagaan kulit dan juga produk berkaitan dengan bahan ilmiah seperti buku agama dan al-quran digital.

 

Tips 2 : Mencari pembekal produk yang berpengalaman


Salah satu cara yang paling mudah untuk mencari pembekal produk yang menawarkan sistem dropship, anda boleh taip sahaja di google perkataan "dropship" diikuti nama produk, contohnya, "dropship sabun" , "dropship jersey" dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi website majalah.com , disitu, terdapat banyak senarai pembekal-pembekal produk yang mungkin ada menawarkan sistem dropship untuk produk mereka.

Namun begitu, anda perlulah berhati-hati di dalam memilih syarikat pembekal ini, pastikan anda dan pihak syarikat tersebut faham bagaimana sistem dropship ini berjalan dan tetapkan peraturan dan cara kerja bersama supaya di masa akan datang, tidak berlaku salah faham dari segi memproses order ataupun penghantaran.


Tips 3 : Lihat tawaran pihak pembekal


Usah terlalu ghairah untuk membuat jualan namun lihat dahulu apa tawaran yang sudah di tetapkan oleh syarikat pembekal. Pastikan mereka menyediakan butiran terperinci berkaitan produk tersebut termasuklah, gambar yang sempurna, proses penghantaran termasuk untuk Sabah, Sarawak, senarai harga untuk pengguna dan juga agen serta tanyakan kepada mereka bagaimana anda boleh mendapatkan update tentang produk secara automatik jika berlaku perubahan dari segi harga, stok dan juga pengantaran.

Butiran seperti ini amat penting kerana ia akan membantu anda untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda kerana dalam bisnes dropship,  anda di ibaratkan sebagai orang tengah.

 

Tips 4 : Profesional berurusan dengan pelanggan dan pembekal

Anda perlu menjadi penjual yang professional samada ketika anda berurusan dengan pelanggan anda atau pembekal produk. Anda mungkin mengalami beberapa isu sebagai contoh ketiadaan stok atau pun masalah ketika penghantaran. Di sini, anda perlu berkomunikasi dengan pembekal dan pelanggan anda secara serentak. Dapatkan informasi yang tepat dari pembekal dan maklumkan kepada pelanggan dengan kadar yang segera.

Untuk mewujudkan komunikasi yang jelas, anda boleh memilih hubungan melalui telefon, sms atau whats app supaya setiap perpindahan maklumat berjalan dengan cepat dan lancar.

Tips lain, rancang pengurusan anda mengikut ketetapan pembekal. Sebagai contoh, jika pembekal memaklumkan kepada anda bahawa mereka akan memproses produk yang anda beli atau tempah sekitar 24 hingga 48 jam, maka anda boleh maklumkan kepada pembeli bahawa proses pembungkusan  akan mengambil masa 3 hari maksima. Ini kerana tempoh 1 hari tambahan itu akan menjadi backup buat anda sekiranya pembekal memaklumkan apa-apa isu.


Tips 5 : Cekap dan cepat


Secara keseuluruhan, setelah anda mempunyai produk yang bagus serta produk tersebut di war-warkan melalui facebook atau forum dan anda mempunayi pelanggan yang cukup memberangsangkan, anda perlu menjadi penjual yang cepat dan cekap. Pastikan semua order dan tracking number penghantaran di hantar dan di maklumkan kepada pelanggan dengan segera.

Jangan lupa untuk memberi support kepada pelanggan dan usah bertangguh untuk menjawab soalan yang di ajukan oleh pelanggan. Semua urusan apabila di uruskan dengan sistematik dan cepat, ia akan membuatkan anda mempunyai bisnes yang mampu bertahan lama.

Semoga anda berjaya !

0 Komentar untuk "5 Tips Mudah Sukses Bisnes Dropship"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top