Info Putra Heights 2016

Wan Azri Mahu Dipenjarakan Bersama Anwar Ibrahim

Individu yang didakwa sebagai ' Papagomo', Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menerusi laman sosial Twitternya 'berharap' dipenjarakan dalam sel yang sama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Harapan tersebut diutakan oleh Wan Muhammad Azri sebagai balasan kepada niat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang ingin menjatuhkan dan mengheret beliau ke penjara.
 

alt

"@rafiziramli @nsurendran i hope to be same prison cell with @anwaribrahim (saya harap duduk dalam sel penjara yang sama bersama @anwaribrahim)," katanya menerusi tweet terbarunya.
 
alt
 
Terdahulu, Rafizi menerusi laman Twitternya turut berkata, Wan Muhammad Azri perlu dipenjara 7 tahun mengikut undang-undang negara.
 
"@nsurendran & me all smiling after the police report against @papagomo @sir_azri by law he shud jailed up tu 7 years (saya dan @nsurendran senyum selepas membuat laporan polis terhadap @papagomo @sir_azri, mengikut undang-undang, dia patut dipenjarakan sehingga 7 tahun," kata Rafizi.
 
alt
 
Rafizi dilihat begitu beriya ingin 'menjatuhkan' Wan Muhammad Azri kerana mendakwa telah menipu mahkamah sewaktu memberi kenyataan pada perbicaraan berhubung isu Scorpene.
 
Sebelum ini, Wan Muhammad Azri turut mencabar Rafizi untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pandan sekaligus berani berdepan dengannya.
0 Komentar untuk "Wan Azri Mahu Dipenjarakan Bersama Anwar Ibrahim"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top