Info Putra Heights 2016

Tips Temuduga SPA Sektor Kerajaan

Tips temuduga SPA sektor kerajaan ini dikongsikan kepada anda yang bakal menghadiri temuduga terutamanya temuduga yang melibatkan sektor kerajaan. Berikut adalah tips yang dapat dikongsikan kepada anda semua.

Ketika sesi temuduga dijalankan, apa yang penting anda haruslah dilihat oleh panel penemuduga sebagai seorang yang professional, kemas dan boleh dipercayai. Perkara ini amat penting supaya perlakuan yang disarankan tersebut dapat menimbulkan tarikan penemuduga terhadap anda.


Seandainya penemuduga mula berasa selesa dan yakin atas kata-kata anda, anda sudah pun melangkah sebelah kaki untuk berpeluang memperoleh jawatan yang dipohon. 

Tips Temuduga SPA Sektor Kerajaan


Berikut adalah tips temuduga dan panduan ringkas untuk anda kelihatan lebih professional di mata panel penemuduga :


Tips Temuduga Sektor Kerajaan

1. Bagi lelaki, pastikan anda memakai baju kemeja lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek dan elakkan memakai baju berwarna gelap.


2. Bagi perempuan, memakai baju kurung adalah digalakkan dan elakkan pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.


3. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diiringi dengan bacaan selawat.


4. Bayangkan anda seperti bertemu rakan pejabat atau kenalan rapat sahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh dan gementar.


5. Awasi bahasa anda apabila berkomunikasi. Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda masuk ke bilik temuduga. Kemesraan penting kerana anda hanya dapat persembahkan dan tonjolkan keperibadian anda hanya dalam tempoh 30 minit sahaja.


6. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan terlebih dahulu kemudian barulah berjabat tangan.


7. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk. Disamping itu, ucapkan terima kasih.


8. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.


9. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.


10. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dalam keadaan tergesa-gesa.


11. Elakkan memotong percakapan panel penemuduga. Perlakuan ini jelas menunjukkan anda tidak menghormati mereka.


12. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.


13. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga dan berikan jawapan serta segala tumpuan kepada beliau.


14. Jangan sesekali meninggikan suara atau bercakap dengan suara yang lantang. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.


15. Setelah selesai sesi soal jawab temuduga, ucapkan terima kasih dan akhirkan kata-kata dengan harapan agar anda dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat tersebut sekiranya diterima.


Kesimpulannya, persediaan awal sebelum menghadiri sesi temuduga amatlah digalakkan. Persediaan awal ini perlu dilaksanakan bagi bertujuan anda mendapatkan ketenangan diri. 


Kekurangan membuat persediaan awal boleh menyebabkan anda kelihatan kurang yakin dan gelisah ketika berhadapan dengan panel penemuduga. Jadi, boleh lah amalkan tips temuduga yang dikongsikan.

0 Komentar untuk "Tips Temuduga SPA Sektor Kerajaan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top