Info Putra Heights 2016

Soalan yang biasa di tanya bila nak beli rumah.

Kalau kita baru kali pertama nak beli rumah, mesti ada banyak soalan yang bermain di minda kan. Harga berapa boleh lepas? LOkasi kat mana? Mampukah aku bayo hutang bank nih? Bank mana yang bagi rate bagus dan macam-macam hal, sebab belum biasa lagi kan buat hutang ratus-ratus ribu dgn bank. Jadi kat sini, saya nak bagi contoh-contoh soalan yang memang akan korang tanya kalau nak beli rumah.



1)Beliau ingin membeli rumah berharga 380K, tetapi kelayakan pinjaman perumahan kerajaan beliau hanyalah rm320K, bolehkah?

Jawapannya, boleh.. tapi beliau kena keluarkan wang tunai untuk baki RM 60K yang tak cukup lagi tu lah..



2) Bagaimana pula jika kelayakannya 380K tapi nak beli rumah berharga RM 320K sahaja?


Jawapannya.. pun boleh..Buat pinjaman untuk maksima RM 320K sahajalah..
kalau ada wang tunai dan nak kurangkan bayaran bulanan, boleh buat pinjaman kurang dari amaun RM 320K tu.Mungkin buat pinjaman RM 300K sahaja, lagi RM 20K dia boleh bayar deposit dengan tunai. Dengan ini, bebanan bayaran bulanan lebih rendah.

Ingat, rumah untuk kita duduk adalah liabiliti.Kerana kita bayar dia setiap bulan sehingga mungkin 30 tahun.Tapi ia tidak menjana wang secara terus kepada kita.Jika awal-awal lagi kita sudah beli rumah yang bayaran bulannya di tahap hidung kita,maka sangat sukarlah kita untuk bernafas.

Ingat lagi kata-kata yang pernah saya kongsi?
Berbelanja di bawah kemampuan.

Lantas, sepupu saya bertanya lagi.


3)Rumah yang pemaju jual di sana sekarang harganya lebih kurang RM400K ke atas.
Bagaimana?

Jawapan saya: tak semestinya kita beli rumah baru.
Cuba jenguk rumah subsale.Ada banyak rumah yang orang jual dengan harga lebih murah dari harga yang pemaju jual.Lantas saya cuba menjenguk iklan di beberapa laman web pengiklanan rumah untuk dijual.Memang ada banyak rumah teres setingkat dan dua tingkat yang dijual dengan harga RM 200,000 ke bawah.

Ada banyak laman web sebegini.contoh: mudah.my, iproperty.com.my, thinkproperty.com, propwall.com dan lain-lain.

Ada rumah yang dijual ini melalui agen.Ada yang dijual terus oleh pemiliknya.
Kalau ia diiklankan oleh agen, mereka ni sebenarnya adalah real estate negotiator (REN).mereka bukan real estate agent (REA) pun..

REA adalah professional yang ada lesen untuk menjalankan urusan jual beli rumah dan penyewaan rumah.Mereka berdaftar dengan Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia.Setiap REA ada nombor pendaftaran masing-masing yang dipanggil sebagai E Number.

Manakala REN bekerja dengan REA.Mereka ni pakai e number REA yang dia bekerja tu.Kiranya macam salesman bagi pihak REA lah.


4)Macamana nak tahu 'agent' yang jual rumah tu adalah REA atau REN yang berdaftar?

Nak kenalpasti on the spot, minta kad mereka.Pastikan  mereka berikan kad agensi mereka dengan nama penuh dan siap dengan E number.
Kemudian bila kita buat bayaran booking, pastikan mereka keluarkan resit rasmi agensi mereka.Resit tu memang tercetak nama agensi, E number dan alamat agensi.



5)Bagaimana nak tahu harga yang dijual tu harga yang berpatutan?

Jawapannya: kena semak harga penilaian bank semasa.
Secara sekali imbas, cari iklan rumah yang saiznya sama di taman perumahan yang sama.Berapa harga mereka jual.Adakah rumah yang kita nak beli ni harga lebih kurang sama?
Jika ya, mungkin harga tu harga pasaran.

Jika ada perbezaan harga dari satu iklan ke iklan lain, boleh ambil purata.

Tapi cara paling tepat adalah dengan mendapatkan nilaian dari jurunilai.
Boleh hubungi jurunilai dan minta mereka buat penilaian.Ada bayaran atas perkhidmatan ini.Tapi kalau nak free, boleh minta bantuan banker yang kita nak buat pinjaman nanti.Beri alamat penuh, berapa bilik, berapa bilik air, sebarang renovation yang ada, keluasan dan status leasehold/freehold dan open lot/ bumi lot hantar ke banker. Minta mereka bantu dapatkan valuation.

0 Komentar untuk "Soalan yang biasa di tanya bila nak beli rumah."

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top