Info Putra Heights 2016

Semakan Keputusan Peperiksaan MUET Sesi Mac 2014

Semakan keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi Mac 2014 boleh dibuat mulai 5 Mei 2014. Calon boleh menyemak secara online atau menggunakan perkhidmatan SMS.


Semak keputusan ujian MUET secara online

Semakan online boleh dibuat mulai jam 9:00 pagi melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:

Semakan keputusan MUET sesi Mac 2014


Semak keputusan MUET melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan result peperiksaan MUET akan diaktifkan bermula 12:01 tengah malam 5 Mei 2014.

semakan MUET

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan MUET melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  RESULT  930325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

0 Komentar untuk "Semakan Keputusan Peperiksaan MUET Sesi Mac 2014"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top