Info Putra Heights 2016

Putrajaya Bandar Dalam Taman

Jika membayangkan Putrajaya pasti ramai yang beranggapan pusat pentadbiran negara itu hanya paling sesuai dilawati bagi mereka yang mengagumi seni bina bangunan unik atau jika mahu membuat urusan rasmi kerajaan.

Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang yang terletak 25km dari selatan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran persekutuan Malaysia. Kerusi kerajaan telah beralih pada tahun 1999 dari Kuala Lumpur ke Putrajaya, disebabkan oleh kesesakan dan kesesakan di kawasan Kuala Lumpur.

putrajaya bandar dalam taman


Putrajaya dinamakan dari perkataan “putra” atau “putera” yang bermaksud “putera” atau “anak lelaki,” dan “jaya” yang bermaksud “kejayaan” atau “kemenangan”. Pembangunan Putrajaya bermula pada awal 1990-an dan sehingga kini Putrajaya telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai salah satu tarikan pelancong dari luar negara dan kerajaan juga sering mengadakan pelbagai acara dan festival disini bagi menarik minat pelancong luar untuk datang ke Malaysia.

Pegangkutan Awam

Di sini, pelancong dan pengunjung tempatan tidak perlu risau jika tidak tahu ke mana hendak dituju kerana Perbadanan Putrajaya menyediakan bas khas untuk membawa anda ke tempat-tempat menarik sambil ditemani pemandu pelancong yang mesra.

Pengunjung dari Kuala Lumpur dan Selangor misalnya, boleh memilih sama ada untuk menaiki bas, kereta, teksi ataupun perkhidmatan tren ERL untuk ke Putrajaya. Langkah pertama yang mereka perlu lakukan adalah mendaftarkan diri di I-Centre berhampiran Masjid Putra sebelum dibawa menaiki bas dengan hanya membayar RM1 sahaja.

Putrajaya Bandar Dalam Taman

putrajaya

Putrajaya juga dikenali sebagai Bandar Dalam Taman yang mementingkan landskap pemandangan hijau meskipun berdiri gahnya bangunan-bangunan indah lebih 20 kementerian meliputi 50 jabatan di seluruh Putrajaya.

Destinasi pertama tentunya di Masjid Putra yang terkenal dengan seni binanya yang indah. Pengunjung boleh melihat kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Istana Melawati, Pejabat Perdana Menteri, Mercu Tanda Putrajaya di Taman Putra Perdana dan lain-lain lagi di mana pada setiap persinggahan pelancong tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Tahukah anda, Putrajaya memiliki tujuh jambatan iaitu Jambatan Putra, Seri Bestari, Seri Perdana, Seri Setia, Seri Bakti, Seri Gemilang, Seri Saujana dan Seri Wawasan menghubungkan dua ‘pulau’ dan kawasan sekitarnya merupakan mercu kegemilangan.

Putrajaya satu ketika dahulu merupakan ladang kelapa sawit sebelum dibangunkan. Kualiti air berada pada tahap bahaya serta tercemar dan pembangunan Putrajaya yang mengambil kepentingan alam sekitar menggunakan teknologi semula jadi menapis air dengan menanam rumput khas dan kini air di sungai sudah pulih.

taman botani putrajaya

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya ke mana hendak membawa keluarga beriadah serta menikmati kehijauan pemandangan, Putrajaya memiliki 10 taman rekreasi nyaman untuk dikunjungi.

Taman Botani yang mempunyai lebih 7,000 spesies flora dari Malaysia, Afrika serta Asia Pasifik berkeluasan 92 hektar boleh dilawati sambil menikmati keindahan dengan mengayuh basikal dengan sewa hanya RM4 ataupun menaiki tram.

Tidak ketinggalan Taman Warisan Pertanian adalah tempat yang sesuai untuk dilawati pelancong luar yang ingin merasa keunikan buah-buahan tempatan. Kawasan berkeluasan 14 hektar ini menanam pokok buah-buahan, herba, rempah ratus dan pelbagai lagi.

Destinasi seterusnya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang pernah menjadi lokasi beberapa persidangan negara luar di mana dari atas itu, pelancong boleh menikmati keindahan kawasan sekitar Dataran Gemilang , Taman Seri Empangan dan Tasik Putrajaya.

Pengalaman ke sini akan lebih manis jika dapat menaiki Cruise Tasik Putrajaya atau gendola selama 45

 minit dan berpeluang menikmati keindahan sekitar menggunakan jalan air. Suasana romantik pastinya lebih indah dengan hidangan makan malam di atas Cruise mewah.

kaunter maklumat I-Centre Perbadanan Putrajaya

Bagi mereka yang inginkan maklumat mengenai percutian dan tempat makan menarik di Putrajaya, kami sarankan ke kaunter maklumat I-Centre Perbadanan Putrajaya yang sedia melayan pertanyaan anda.

Pelancong yang ingin bermalam pula, mereka mempunyai banyak pilihan sama ada menginap di hotel bertaraf lima dan tiga bintang ataupun hotel bajet yang terletak di daerah berhampiran Putrajaya iaitu Sepang dan Banting.

0 Komentar untuk "Putrajaya Bandar Dalam Taman"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top