Info Putra Heights 2016

"Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah" - Fiza

 Bekas ahli kumpulan Elite, Fiza yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi 'kelahiran' rancangan realiti Akademi Fantasia, Adam, menafikan kehidupannya kini dikatakan sedang bergoyah.
 
Pemilik nama sebenar  Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim ini berkata, perkara yang direka oleh orang tidak bertanggujawab itu mengecewkan dirinya sedangkan dia dan Adam masih dalam keadaan yang baik.
 
"Kami masih bergelar suami-isteri dan tetap tinggal sebumbung. Bagaimanapun, lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Namun begitu, janganlah membuat sebarang spekulasi bukan-bukan, sebaliknya doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami berdua," kata Adam atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman.
 

alt

Isu pergolakkan rumah tangga pasangan selebriti tersebut tercetus apabila, gambar Adam tidak lagi kelihatan di akaun Instagram milik isterinya. 
 
Menjawab perkara itu, Fiza berkata, ia tidak seharusnya dijadikan isu hanya disebabkan gambar Adam tiada di laman sosialnya. 
 
"Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. 
 
"Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya," tegas Fiza.
0 Komentar untuk ""Hubungan Saya Dan Adam Tiada Masalah" - Fiza"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top