Info Putra Heights 2016

Felda FC asyik menang je..

Ketua jurulatih Felda United FC Irfan Bakti Abu Salim yakin peluang untuk pasukan itu mencuri slot ke Liga Super musim depan tetap cerah selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kedah malam tadi.


Katanya selepas banyak merekodkan keputusan seri dalam pusingan pertama Liga Perdana, keputusan malam tadi merupakan tonik terbaik untuk pasukan itu merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pulau Pinang.

"Kami akan teruskan perjuangan untuk merebut slot ke Liga Super," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini.
alt
Penyerang import dari Liberia, Edward Junior Wilson muncul wira skuad 'The Settlers' selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-59.

Keputusan itu mengekalkan Felda United di tangga ketiga liga dengan 22 mata selepas 11 perlawanan.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah David Mitchell menyifatkan kekalahan tipis di tangan Felda United, iaitu kekalahan kelima Kedah, tidak menutup peluang pasukannya merebut slot ke Liga Super musim depan.

"Memang agak mustahil untuk mengejar PDRM selaku pendahulu liga dengan jurang mata begitu besar berbanding pasukan kami, tapi saya yakin kami boleh mengejar Pulau Pinang.

"Kami akan cuba memperbaiki permainan kami dan berusaha mendapatkan gol selain memastikan gawang sendiri tidak bocor," katanya.

Kedah setakat ini di tangga kelima dengan 16 mata.

0 Komentar untuk "Felda FC asyik menang je.."

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top