Info Putra Heights 2016

'Zombi Kilang Biskut' Ditayangkan Di 88 Pawagam

Filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid, 'Zombi Kilang Biskut' akan mula ditayangkan di 88 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, bermula 20 Mac ini.
 
Filem terbitan Enjit Semut Sdn Bhd dan edaran TGV Pictures ini, menjadi antara filem tempatan yang paling banyak lokasi ditayangkan di Malaysia dan Brunei. 
 
"Abang tengok, hal ini memberi satu kesan positif. Lagi pun, filem Zombi Kilang Biskut ni, hanya ditayangkan di pawagam. Jadi, bagi abang, dengan jumlah lokasi yang best benor ini, membolehkan peminat filem komedi menyerbu pawagam. Tambah- tambah, hari tu hari SPM keluar, jadinya, lepas ambik keputusan, boleh la tengok zombi," ujar pengarahnya, Mamat Khalid.
 biskut
'Zombi Kilang Biskut' telah menjalani pengambaran pada penghujung tahun 2013. Dengan kos sebanyak RM 1.7 juta, filem ini dibintangi oleh Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Man Kadir, Dalimawati, Soffi Jikan, Eina Azman, Dayana Roza, Adam AF, Zainuri Misfar, Adam dan ramai lagi.
0 Komentar untuk "'Zombi Kilang Biskut' Ditayangkan Di 88 Pawagam"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top