Info Putra Heights 2016

Spekulasi gambar FB

Peminat bola sepak Pahang gempar selepas melihat sekeping gambar menunjukkan bekas pemain pertahanan Itali, Marco Materazzi bersalaman dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Facebook, semalam.

Gambar itu sekali gus mengundang khabar angin sama ada pemain berusia 40 tahun itu antara import terbaharu Tok Gajah ataupun bakal mengambil tugas selaku Ketua Jurulatih Pahang yang kini digalas  bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan.

Materazzi pastinya menjadi tumpuan dan dikenali kerana pernah terbabit dengan insiden melakukan provokasi terhadap bekas pemain Perancis, Zinedine Zidane ketika final Piala Dunia 2006 di Berlin, Jerman.
Spekulasi gambar FB
Kedatangan pemain itu membuatkan peminat tertanya sama ada Materazzi bakal menggantikan pemain import berikutan pendaftaran jendela kedua pemain Liga Malaysia mula dibuka bermula 23 Mac ini.

Namun ada juga yang menolak bahawa pemain itu akan menyarung jersi sebagai pemain berikutan usianya.

Sinar Harian mendapatkan kenyataan daripada Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim namun beliau tidak memberikan sebarang jawapan.

Manakala Zainal ketika dihubungi memberikan reaksi terkejut dan hanya mengetahuinya melalui Facebook.

Menurut sumber dalaman, pemain itu sekadar membuat kunjungan peribadi terhadap Tengku Abdul Rahman
0 Komentar untuk "Spekulasi gambar FB"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top