Info Putra Heights 2016

Penyelesaian ConnectedDrive BMW 7 Series ditemui

Pengeluar kereta premium BMW Group Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan penyelesaian ConnectedDrive bagi BMW 7 Series baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Dr Gerhard Pils, dalam satu kenyataan berkata dengan penyelesaian itu kumpulan tersebut berjaya membezakan dirinya dalam segmen itu dari segi teknologi dan sambungan dalam kereta.

"Kami percaya BMW 7 Series baharu akan mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pengeluar limousin mewah paling inovatif dan berprestij dalam segmen premium kerana kami menyediakan keseronokan memandu yang lebih hebat kepada pemilik," katanya.   

BMW berkata ConnectedDrive dalam BMW 7 Series baharu menyediakan perkhidmatan mobiliti menyeluruh yang kini termasuk pilihan sistem bantuan dan keselamatan pemandu.

"Ini termasuk BMW Head-Up Display (Paparan Di Cermin Hadapan) berwarna penuh dengan resolusi jelas bagi BMW 730Li yang akan memancarkan maklumat pemanduan relevan secara terus ke bahagian cermin hadapan penglihatan pemandu," kata syarikat itu.

Ia berkata paparan instrumen pelbagai fungsi itu juga akan menjadi standard bagi BMW 730Li untuk memastikan pemandu memperoleh pengalaman pemanduan unik dengan pilihan warna yang berbeza
Tag : Kereta
0 Komentar untuk "Penyelesaian ConnectedDrive BMW 7 Series ditemui"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top