Info Putra Heights 2016

Masjid Putra Heights – Jemputan Sumbangan Wakaf Dan Dana

Seperti mana yang di ketahui, projek pembinaan Masjid Putra Heights telah berjalan, baru je berjalan dalam proses membersihkan tapak projek. Anggaran kos pembinaan masjid ni ialah rm15 juta dan memerlukan bantuan semua terutamanya penduduk Putra Heights dan Saujana Putra untuk sama-sama membantu dalam pembinaan masjid ini yang di anggarkan boleh menampung seramai 5000 jemaah dan berkonsepkan bangunan hijau.


Mukadimah Pembinaan Masjid Putra Heights

Penduduk Islam di Putra Heights di anggarkan 20 ribu orang dan 5 ribu orang di sekitar Saujana Putra. Sehingga kini terdapat 4 buah surau yang menampung keperluan ibadah penduduk setempat. Jawatankuasa pembinaan Masjid Putra Heights telah dibentuk pada 2011 di atas sokongan wakil surau-surau berkaitan dengan tekad untuk menyempurnakan fardu kifayah mendirikan masjid.

Mewujudkan sebuah masjid yang berprasarana lengkap dan mesra alam adalah visi pembinaan masjid Putra heights ni. Disamping tu juga masjid ni akan menjadi pusat pembinaan sahsiah dan kemajuan sosio-ekonomi umat Islam setempat.

Kemudahan Masjid Putra Heights



Dewan solat berkapet
Kios perniagaan
Rumah Imam & kuater pekerja
Ruang rekreasi
Sekolah tahfiz
Kawasan ibadah korban moden
Bilik pengurusan jenazah
Dewan serbaguna
Ruang dapur

Jemputan sumbangan dana dan wakaf masjid Putra Heights

Pihak jawatankuasa pembinaan masjid berusaha untuk mengumpul dana untuk membina masjid seluas 4.5 ekar ni. Sumbangan boleh di  masukkan ke akaun:

Bank Islam – 12159010006931
Maybank – 562366633818

Atau mana-mana ahli jawatankuasa yang telah berdaftar dengan Perbadanan Wakaf Selangor untuk pelepasan cukai. Segala pertanyaan boleh hubungi pengerusi jawatankuasa Hj. Burhan Adnan 019-3866035.

“ Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya. Dan dia sebaik Pemberi rezeki ( surah Saba 34:39 ).


Bertindak sekarang untuk membina Masjid Putra Heights!
0 Komentar untuk "Masjid Putra Heights – Jemputan Sumbangan Wakaf Dan Dana"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top