Info Putra Heights 2016

Keputusan SPM Teruk, Saya Nak Kerja

Saya terima beberapa email bertanyakan pelbagai soalan ‘masa depan’. Anak-anak yang baru mendapat keputusan SPM mencari maklumat mengenai hala tuju selepas SPM. Yang dapat keputusan cemerlang, dia ada banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Nasihat saya mohon kos yang anda minat dan anda mempunyai kebolehan di bidang tersebut. Dua perkara ini perlu seiring. Yang sederhana, boleh memohon bidang yang sesuai dengan keputusan.

Keputusan saya SPM saya tak cukup syarat untuk memohon melanjutkan pelajaran, saya tidak minat untuk belajar lagi, saya dari keluarga susah tidak mahu melanjutkan pelajaran, saya ingin bekerja selepas SPM dan beberapa keadaan lagi.

Saya terima email dari seorang anak muda yang bercerita dia mendapat keputusan yang tidak begitu baik dalam SPM dan ingin bekerja tetapi dia tidak tahu nak mulakan dari mana.

Bagi yang tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM dan ingin bekerja, saya sangat mengesorkan anda mengambil latihan kemahiran supaya anda mendapat kemahiran  kursus yang terancang.  Tiap orang ada jalan hidup dan bidang kerja masing-masing.  Kalau pun tidak cemerlang di bidang akademik, tetapi biarlah memasuki dunia pekerjaan dengan kemahiran yang tertentu.

Salah satu tempat yang boleh anda cuba adalah di Akademi Binaan Malaysia ( ABM)

Akademi Binaan Malaysia

Akademi Binaan Malaysia

Terbuka kepada golongan belia berusia 16 tahun ke atas yang telah tamat belajar. Program kemahiran belia disediakan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Mereka diberikan latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB disalah sebuah daripada 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak diseluruh Malaysia.

ABM menyediakan kelengkapan kepada pelatih secara percuma, antaranya (kasut,baju dan topi keselamatan) untuk digunakan dalam kerja-kerja bengkel dan di bilik kuliah.

Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran sebanyak RM 80
Deposit asrama = RM50
Urin test = RM30 .

Senarai Kursus

  1. Building
  2. Crane Operation
  3. Plant Operation
  4. Industrilised Building System
  5. Civil
  6. Blasting & Painting
  7. Mechanical & Electrical
  8. Non Destructive Testing
  9. Drafting

Tempoh Kursus

1-3 bulan- bergantung kepada kursus yang diambil.

Cara memohon

Walaupun permohonan boleh dibuat secara online, saya cadangkan telefon ABM yang berkenaan untuk menyemak kekosongan tempat.

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
Tel: +603 9200 2008
Fax: +603 9200 2009
Pegawai Untuk Dihubungi:
Hasmawati Hasnan / Aswat Ahmad

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah
Tel: +6088 430 615/614
Fax: +6088 431 359

Pegawai Untuk Dihubungi:
Sabdani Manjidi / Razalee Dulaip

Akademi Binaan Malaysia Sarawak
Tel: +6082 446 700
Fax: +6082 442 700
Pegawai Untuk Dihubungi:
Abg Mohd Annaafi Abg Ibrahim / Faezah Sabil

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Tel: +609 681 8327
Fax: +609 681 8329
Pegawai Untuk Dihubungi:
Mohd Zaki Ismail / Che Nor Fadzilah Che Mahmud

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Tel: +604 924 2200
Fax: +604 924 1100
Pegawai Untuk Dihubungi:
Siti Zaiton Abu Bakar / Lariza Sharif

Akademi Binaan Malaysia Selatan
Tel: +607 238 8152
Fax: +607 234 5808
Pegawai Untuk Dihubungi:
Shahid Nansok / Mohd Zaidi Rahmat

Boleh klik dapatkan maklumat lebih lengkap di laman web Akademi Binaan Malaysia

Satu lagi pilihan yang ada ialah memasuki Kursus di Kolej Komuniti.  Boleh ambil Sijil Kolej Komuniti ( SKK ) atau Diploma Kolej Komuniti .

  • Tempuh pengajian untuk sijil antara 16 -24 bulan bergantung  kursus yang diambil.
  • Selain memohon secara online, pemohon boleh datang sendiri ke Kolej Komuniti yang dikehendaki.
  • Pelajar yang layak  akan menerima elaun setiap bulan.
  • Kursus yang ditawarkan seperti  Sijil Landskap, Sijil Kulinari, Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan dan banyak lagi. Semak kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti di laman web Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Ini adalah 2 contoh pusat yang menawarkan kursus pendek peringkat sijil yang membolehkan anda mempunyai kemahiran untuk terlibat di dunia pekerjaan.

Nota : ada yang email dan panggil saya cikgu… saya bukan cikgu ye anak-anak, saya makcik suri rumah yang ada anak remaja seperti korang .

0 Komentar untuk "Keputusan SPM Teruk, Saya Nak Kerja"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top